Utusan Borneo (Sabah)

Pendekatan digital lonjak perniagaan Normawati

-

PENGALAMAN gagal dalam perniagaan sehingga terpaksa gulung tikar tidak pernah mematahkan semangat Normawati Mohd Hamden untuk terus berniaga.

Selepas kegagalan perniagaan pertamanya sepuluh tahun lepas, Normawati bangkit semula pada 2015 dengan perniagaan produk bakeri dan pastri dari rumah.

Namun kali ini, ibu kepada lima anak ini menggunaka­n pendekatan lain iaitu secara dalam talian untuk berniaga berbanding cara konvension­al.

Kini, Normawati merupakan salah seorang daripada usahawan dalam talian atau eUsahawan mikro yang berjaya menerusi program latihan bersama Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC).

“Ketika baharu memulakan perniagaan pada 2015, saya hanya ada telefon bimbit sebagai aset untuk memasar dan mempromosi­kan produk bakeri dan pastri buatan saya sendiri.

“Tidak mahu mengulangi kegagalan sebelum ini, maka saya ambil alternatif paling mudah dengan berniaga secara dalam talian.

“Pendekatan dalam talian inilah yang menghidupk­an perniagaan saya sekarang yang mana mampu menjana pendapatan sehingga RM6,000 sebulan meningkat 50 hingga 70 peratus berbanding kaedah konvension­al sebelum ini,” kata Normawati dalam satu temu bual khas baru-baru ini.

Tambah pemilik Zuema Enterprise itu, meskipun bantuan yang diberikan oleh MDEC adalah dalam bentuk latihan dan kursus, namun ia banyak membantu mengembang­kan perniagaan­nya.

Katanya menerusi kursus yang dihadiri, beliau dan rakan-rakan usahawan yang lain diberi pendedahan teknik pemasaran digital yang efektif, praktikal dan relevan dalam dunia semasa.

“Kami diajar bagaimana untuk membuat ayat jualan yang berkesan untuk perniagaan digital atau copywritin­g untuk menarik pelanggan.

“Kami juga diajar bagaimana untuk menggunaka­n platform media sosial popular seperti Facebook dan Instagram untuk memasarkan produk kami tanpa memerlukan kos tinggi.

“Semua yang kami pelajari daripada kursus MDEC ini banyak membantu dalam pernia- gaan saya sekarang,” kata Normawati.

Selain menyediaka­n kursus dan latihan perniagaan digital katanya, MDEC turut membantu mereka mempromosi­kan perniagaan menerusi sesi perkongsia­n kisah kejayaan bersama umum.

Baru-baru ini, Normawati berpeluang berkongsi kisah kejayaanny­a pada satu sesi perkongsia­n yang dikendalik­an oleh ikon eUsahawan desa Mak Cun yang merupakan seorang pelakon dan pengarah terkenal, Erma Fatima.

Daripada sesi perkongsia­n tersebut, Erma telah menyatakan minat untuk menjadi ejen jualan produknya di Mak Cun Mart di Kuala Lumpur.

Kini, Normawati mampu berbangga kerana memiliki kilang mini sendiri untuk mengeluar- kan produk bakeri dan pastrinya pada kuantiti yang lebih banyak serta berkualiti.

Terbaharu, Normawati telah membuat inovasi ke atas produk mi terkemuka Sarawak, mi kolok dalam bentuk mi segera.

‘Mee Kolo Sarawak’ inovasi Normawati boleh didapati dalam tiga perisa iaitu perisa ikan tahai yang menjadi kegemaran masyarakat Brunei, perisa ayam dan perisa asli.

Buat masa ini, Normawati dan suami dibantu dua pekerja sambilan hanya mampu mengeluark­an kira-kira 2,000 pek ‘Mee Kolo Segera’ sebulan disebabkan proses pembuatan yang perlahan kerana perlu dilakukan secara manual.

Produk Zuema Enterprise juga boleh didapati di Kopi O’ Corner dan di 13 tempat di Kuching dan Miri termasuk di Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuching, Mira Kek House dan akan datang Hamidah Kek Lapis, Metrocity dan Pasar Raya MARQ8T di Medan Hamidah dan Lundu.

“Sasaran saya adalah untuk memasarkan produk saya ke pasaran seluruh Malaysia.

“Buat masa ini, saya sedang fokus untuk memasarkan produk saya di seluruh Sarawak dengan membuat promosi menggunaka­n platform media sosial.

“Paling berkesan ialah Facebook dan WhatsApp dan ada juga melalui Instagram,” kata Normawati yang banyak dibantu oleh suaminya, Abuassan Morni dalam memastikan kejayaan perniagaan­nya.

Tambah Normawati yang merupakan pemegang Diploma Pengajian Perniagaan dari Universiti Teknologi MARA (UiTM) Sarawak, beliau kini dalam proses untuk menjalinka­n kerjasama dengan rakan niaga di Miri untuk memasarkan produk ‘Mee Kolo Sarawak’ segeranya ke Brunei.

“Ramai yang menggemari ikan tahai dan jika tiada aral melintang produk ini bakal menembusi pasaran Brunei,” katanya.

Tempahan atau maklumat lanjut mengenai ‘Mee Kolo Sarawak’ segera dan produk-produk Zuema Enterprise yang lain boleh dibuat menerusi Facebook Zuema Pavlova atau e-mel Zuehamden0­2@gmail.comatauhtt­p://Manred. my/Zuemakolom­ee.

 ??  ?? Antara produk ‘Mee Kolo Sarawak’ serta produk lain keluaran Zuema Enterprise yang dipromosik­an menerusi medium Facebook.
Antara produk ‘Mee Kolo Sarawak’ serta produk lain keluaran Zuema Enterprise yang dipromosik­an menerusi medium Facebook.
 ??  ?? Normawati turut serta dalam programpro­gram jualan secara langsung di samping promosi secara digital.
Normawati turut serta dalam programpro­gram jualan secara langsung di samping promosi secara digital.
 ??  ??
 ??  ?? Normawati dan suami, Abuassan menunjukka­n produk ‘Mee Kolo Sarawak’ segera yang dijual secara dalam talian.
Normawati dan suami, Abuassan menunjukka­n produk ‘Mee Kolo Sarawak’ segera yang dijual secara dalam talian.
 ??  ?? Kejayaan perniagaan online Normawati menarik minat Erma Fatima (kanan) berminat untuk menjadi ejen jualan di Kuala Lumpur.
Kejayaan perniagaan online Normawati menarik minat Erma Fatima (kanan) berminat untuk menjadi ejen jualan di Kuala Lumpur.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia