Utusan Borneo (Sabah)

Jual pakaian, gajet dalam talian jana pendapatan Didy

-

DIDY Ella Abdul Rahman merupakan salah seorang eUsahawan mikro dari Sarawak yang berjaya pada hari ini.

Sebelum menceburi bidang perniagaan secara dalam talian pada 2013, Didy bekerja sebagai seorang pengurus pemasaran jualan di Kuala Lumpur dengan gaji RM5,000 sebulan.

Namun disebabkan tuntutan tanggungja­wab terhadap suami dan anak-anak di Kuching, Didy terpaksa mengorbank­an kerjayanya dan perlu memikirkan pekerjaan lain yang boleh dilakukan di sini dengan gaji yang sama.

Namun, untuk mendapat gaji menyamai gaji yang diperolehi­nya di Kuala Lumpur tidak mudah pada masa itu.

Selepas melihat kejayaan sepupunya menjual pakaian secara dalam talian, Didy tertarik untuk mencuba meskipun tiada asas perniagaan digital ketika itu.

“Sepupu saya memperkena­lkan saya kepada Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) dan kemudian saya dijemput untuk menghadiri satu kursus anjuran MDEC di sini.

“Semasa kursus itu, mereka mengajar saya bagaimana menggunaka­n media sosial seperti Facebook, WhatsApp dan sebagainya untuk memasarkan produk secara terperinci.

“Dari situ, saya cuba berniaga secara dalam talian dari rumah bermula dengan jualan pakaian wanita seperti tudung yang dibeli dari Indonesia.

“Selepas itu, saya bersama sepupu, Siti Rafidah Sharkawi cuba menjahit pakaian sendiri dengan mempelajar­inya dari YouTube yang mana tidak mudah, namun berjaya juga.

“Dari situ terhasilla­h ‘Baju Kurung RamaRama’ daripada songket Sarawak.

“Baju tersebut telah menjadi popular di media sosial dan terus meningkatk­an perniagaan kami,” katanya pada temu bual khas baru-baru ini.

Tambah Didy, dari platform digital Facebook dan WhatsApp jugalah orang ramai mendapat tahu bahawa mereka juga ada membuka ‘booth’ di Giant Samariang.

Malah semua tempahan sama ada dari dalam mahupun luar Sarawak dibuat secara dalam talian.

“Sebelum ini saya ada membuka kedai tetapi tidak bertahan dan saya berterima kasih kepada MDEC yang telah membuka mata dan minda kami untuk berniaga secara dalam talian,” katanya.

Didy kini berbangga kerana mampu menjana pendapatan sehingga RM8,000 sebulan hasil daripada aktiviti perniagaan digitalnya yang tidak memerlukan kos yang besar bagi membayar sewa premis dan gaji pekerja.

Sebagai menyokong perniagaan pakaiannya, Didy turut membuka satu lagi perniagaan iaitu menjual gajet yang juga dijalankan secara dalam talian.

“Perniagaan pakaian kami atas nama D.Sista Success Enterprise adalah bermusim dan atas sebab itu, saya telah membuat keputusan untuk membuka satu lagi perniagaan sebagai sokongan.

“Perniagaan gajet ini menggunaka­n nama Fair D.Y Collection yang menjual, membeli

 ??  ?? Perniagaan D’ Sista Boutique dan Fairdy diprom popular Facebook.
Perniagaan D’ Sista Boutique dan Fairdy diprom popular Facebook.
 ??  ?? Didy (kanan) bersama rakan kongsi Siti Rafidah antara usahawan digital yang wajar dicontohi wanita Sarawak.
Didy (kanan) bersama rakan kongsi Siti Rafidah antara usahawan digital yang wajar dicontohi wanita Sarawak.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia