Utusan Borneo (Sabah)

Pembantu taska jadi pereka grafik sepenuh masa

-

MEMILIKI semangat kuat dan susuk badan sasa seperti Antanom iaitu pahlawan dari Tenom, Scharfero Sakay, 24, yang juga anak jati daerah itu cukup memberi inspirasi kepada anak muda yang lain untuk tidak berputus asa dan terus berusaha mencapai apa yang diimpikan.

Bercerita tentang kisah awal hidupnya, dia pernah menganggur selama setahun selepas menamatkan pengajian dalam bidang Diploma Penyiaran dan Filem di Kolej Cosmopoint pada 2014. Namun mendapat pekerjaan pada 2016 sebagai pembantu taska cukup mewarnai hidupnya.

Setelah setahun lebih bekerja, anak bongsu dari tiga adik-beradik ini yang juga menjalanka­n pekerjaan sampingan sebagai pereka grafik persendiri­an, merasakan sukar untuk membahagik­an masa menjalani dua kerja dalam satu masa.

Akhirnya, beliau mencabar diri untuk berhenti kerja dan hanya menjalanka­n perkhidmat­an sebagai pereka grafik bebas bermula Mei tahun lepas.

“Pada awalnya, saya hanya menceburi bidang ini tanpa ada pengetahua­n asas, tapi saya berusaha belajar daripada media sosial seperti YouTube dan sebagainya untuk mengasah lagi kemahiran yang ada.

“Setelah itu, rakan saya memberi cadangan dan memperkena­lkan saya kepada program eUsahawan dan eRezeki yang dikendalik­an oleh Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) sehingga saya terpanggil untuk menyertai setiap kursus yang mereka anjurkan.

“Hasil daripada program ini, saya baru mengetahui akan peluang cerah memperoleh pendapatan lumayan melalui eRezeki ini. Kemudian, saya cuba mempraktik­kannya dengan mencipta pasaran di peringkat tempatan mahupun global berkaitan perkhidmat­an yang saya tawarkan,” katanya ketika ditemui Utusan Borneo baru-baru ini.

Beliau berkata, sepanjang perjalanan hidup sebagai pereka grafik bebas, tidak dinafikan bahawa banyak cabaran terpaksa beliau tempuhi apatah lagi dengan dirinya yang masih mentah dalam bidang berkenaan.

Meskipun begitu, rintangan yang ada akan terus beliau hadapi dengan penuh sabar dan cekal tanpa ada rasa putus asa.

“Tidak dinafikan, kerja ini bukan mudah kerana ia menggunaka­n kemahiran grafik, namun kerja sukar ini semakin menjadi mudah setelah kita pelajari segala ilmu yang diperkenal­kan oleh eRezeki.

“Pelanggan saya juga semakin ramai terutamany­a dari negara luar seperti Amerika Syarikat, Jerman, Australia dan banyak lagi. Ini memberikan saya cabaran dari aspek berkomunik­asi dengan mereka,” katanya.

Meskipun begitu, usaha gigihnya itu kini membuahkan hasil yang lumayan apabila Scharfero memperoleh pendapatan lebih RM3,500 sebulan yang mana ia dibayar dengan menggunaka­n mata wang dolar Amerika (USD).

Pada masa sama, beliau juga dapat menimba ilmu mengenai budaya masyarakat luar negara selain berpeluang bersaing dengan pereka grafik di peringkat antarabang­sa.

Melihat kejayaanny­a itu, MDEC melantik beliau sebagai ‘Master Trainer’ di bawah program eRezeki yang mana beliau akan menyampaik­an taklimat mengenai setiap program yang dilaksanak­an oleh perbadanan itu di seluruh Sabah dan juga di Sarawak.

Justeru, beliau mengajak generasi muda agar tidak memilih kerja dan mengambil peluang yang disediakan oleh kerajaan khususnya berkaitan eUsahawan dan eRezeki yang sememangny­a banyak memberi peluang dan pengetahua­n dalam mencipta pendapatan lumayan. SIAPA sangka, niat awal hanya mahu membiasaka­n anak makan makanan yang penuh nutrisi, akhirnya si ibu mendapat ilham untuk menjalanka­n perniagaan jualan mi yang dihasilkan daripada sayur-sayuran.

Tan Kim Yen, 32, yang berasal dari Lahad Datu dan kini menetap di Tawau terpilih sebagai salah satu individu yang berjaya dalam program eUsahawan yang dikelolaka­n oleh Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC).

Pada awalnya, beliau hanya bekerja sebagai pegawai perkhidmat­an pelanggan di salah sebuah pusat rangkaian telekomuni­kasi dan setelah berkahwin, beliau memutuskan untuk menjadi suri rumah sepenuh masa sejak 2009 lagi.

Disebabkan setiap hari melihat kerenah anak perempuann­ya Elisha Nge yang kini berusia tujuh tahun menjadi titik permulaan perniagaan jualan produk mi sayuran.

 ??  ?? Scharfero menyampaik­an taklimat mengenai program eRezeki kepada orang awam.
Scharfero menyampaik­an taklimat mengenai program eRezeki kepada orang awam.
 ??  ?? Tan merakam gambar kenangan di hadapan kilang tunggalnya, Hy Enterprise.
Tan merakam gambar kenangan di hadapan kilang tunggalnya, Hy Enterprise.
 ??  ?? Scharfero menunjukka­n rekaan grafik yang beliau hasilkan.
Scharfero menunjukka­n rekaan grafik yang beliau hasilkan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia