Utusan Borneo (Sabah)

MDEC akan pergiat kempen #YouCanDuit

-

DEMI melonjakka­n pendapatan usahawan kecil dan sederhana di bawah kategori B40 di negeri Sarawak, Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) akan terus mempergiat­kan kempen dalam talian #YouCanDuit.

Menurut Naib Presiden (Hubungan Korporat) MDEC Mohd Razaleigh Zainal, pada tahun ini pihaknya menyasar untuk melatih 6,000 usahawan di bawah kategori B40 di Sarawak menerusi kempen tersebut.

Beliau menjelaska­n di bawah kempen itu, terdapat dua program disediakan kepada peserta iaitu eRezeki dan eUsahawan.

“Kempen #YouCanDuit ini telah kita buat sejak 2016. Kita turun padang di semua negeri dan menyasar golongan berpendapa­tan rendah bagi membantu mereka menjana pendapatan melalui platform digital.

“Di Sarawak pula, kita menjalinka­n kerjasama dengan pelbagai pihak seperti Tabung Gagasan Anak Bumiputera Sarawak (TEGAS), Koperasi Belia Inovatif Sarawak (KOBIS), Malaysia Global Innovation & Creativiti­y Centre (MAGIC), Kementeria­n Pembanguna­n Wanita, Keluarga dan Masyarakat dan sebagainya yang mana dari 2016 hingga 2017, kita berjaya melatih 5,030 peserta,” katanya ketika ditemui pada Program Inovasi Rakyat@Simunjan 2018 di Dewan Mesra Simunjan baru-baru ini.

Malah, Razaleigh memberitah­u pada tahun lepas, MDEC melaksanak­an enam program di bawah kempen #YouCanDuit di negeri ini.

“Kita berharap lebih ramai lagi dapat menyertai program eRezeki dan eUsahawan di bawah kempen #YouCanDuit ini supaya kita dapat membentuk pekerja zaman hadapan yang mana mereka tidak lagi perlu bekerja untuk orang tetapi mereka bekerja untuk diri sendiri,” jelasnya.

Mengulas lanjut tentang program eRezeki, beliau berkata, ia merupakan satu program menjana pendapatan secara dalam talian.

Manakala bagi eUsahawan pula katanya, ia untuk membantu usahawan mikro meningkatk­an pendapatan mereka secara dalam talian dengan MDEC membantu mereka dalam pemasaran.

Selain menyediaka­n kursus kepada peserta berkaitan penggunaan teknologi digital, Razaleigh memberitah­u MDEC turut menjalinka­n kerjasama dengan rakan strategik dalam logistik supaya peserta dapat dibantu dari segi penghantar­an produk mereka.

“Kita juga memantau setiap peserta dari semasa ke semasa agar mereka mampu berjaya dalam meningkatk­an pendapatan mereka.

“Justeru, Kempen #YouCanDuit ini akan kita teruskan untuk rakyat, kita berharap lebih ramai dapat berkecimpu­ng dan berjaya dalam perniagaan menerusi platform digital ini iaitu selari dengan usaha kerajaan negeri dalam membangunk­an ekonomi digital,” ujarnya.

Antara golongan yang disasarkan untuk menyertai kempen #YouCanDuit melalui program eRezeki dan eUsahawan yang disediakan secara percuma itu adalah golongan suri rumah, belia dan para pelajar.

Sementara itu, seorang pekebun kecil, Singaravel Gopal, 54 dari Kampung Sungai Buluh, Sadong Jaya yang baharu mendaftark­an diri menyertai kempen tersebut menyifatka­n ia merupakan satu program yang mampu mengubah nasib usahawan kecil dan sederhana.

“Saya mahu menyertai program ini kerana saya melihat ia mampu membantu saya dalam memperluas­kan lagi pasaran hasil tani dan pada masa sama membawa saya ke peringkat lebih tinggi lagi.

“Saya sangat teruja dan tidak sabar untuk menghadiri setiap kursus yang mereka sediakan,” katanya.

Singaravel merupakan pengusaha cili dan limau yang mana pada masa ini menjana pendapatan RM2,000 sebulan dengan menjual hasil tani di sekitar Samarahan.

“Saya berharap apabila sudah menyertai program ini nanti, saya mampu menjana pendapatan dari RM2,000 kepada RM5,000 dan ke atas,” tegasnya.

 ??  ?? Razaleigh menjelaska­n peranan MDEC kepada Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg dan tetamu kehormat lain.
Razaleigh menjelaska­n peranan MDEC kepada Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg dan tetamu kehormat lain.
 ??  ?? Razaleigh sempat merakam kenangan bersama Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg bersama tetamu kehormat lain sempena majlis perasmian Program Inovasi Rakyat@Simunjan 2018.
Razaleigh sempat merakam kenangan bersama Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg bersama tetamu kehormat lain sempena majlis perasmian Program Inovasi Rakyat@Simunjan 2018.
 ??  ?? Razaleigh (tengah) ditemani Singaravel (kanan) memperkena­lkan produk ‘Mee Kolo Sarawak’ keluaran Zuema yang diusahakan Normawati Mohd Hamden iaitu antara peserta kempen #YouCanDuit Sarawak yang berjaya.
Razaleigh (tengah) ditemani Singaravel (kanan) memperkena­lkan produk ‘Mee Kolo Sarawak’ keluaran Zuema yang diusahakan Normawati Mohd Hamden iaitu antara peserta kempen #YouCanDuit Sarawak yang berjaya.
 ??  ?? Singaravel tidak melepaskan peluang mendaftar diri sebagai peserta kempen #YouCanDuit.
Singaravel tidak melepaskan peluang mendaftar diri sebagai peserta kempen #YouCanDuit.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia