Utusan Borneo (Sabah)

EUsahawan ibarat nyawa kedua Sakinahtul

-

SETIAP musibah yang menimpa pasti ada hikmahnya, begitulah yang berlaku dalam kehidupan Sakinahtul Nabilah Bitis, 33, setelah beliau berjaya membuktika­n ujian yang berlaku ke atasnya bukan penghalang untuk mencapai impian.

Anak sulung daripada dua adik-beradik ini tidak menyangka kemalangan kecil yang menimpa dirinya menyebabka­n beliau kehilangan fungsi tangan kiri akibat kerosakan saraf yang serius.

Pemegang Ijazah Sarjana Muda Pemasaran Antarabang­sa Universiti Malaysia Sabah (UMS) itu, sememangny­a sudah bergiat aktif menjual barang makanan basah dengan menjual secara kecil-kecilan dari rumah dan dalam talian.

Namun, perniagaan­nya itu tidak bertahan lama setelah kecelakaan yang menimpa menyebabka­n dia beralih arah kepada perniagaan baharu yang bersesuaia­n dengan kemampuan iaitu bidang percetakan ‘heat press.’

“Selepas ditimpa kemalangan sehingga dikategori­kan sebagai orang kelainan upaya (OKU), semangat putus asa mula membelengg­ui diri ini sehingga saya berdiam diri selama lebih setahun.

“Namun, sokongan berterusan keluarga dan rakan-rakan senasib dengan saya sehingga pada awal tahun 2016, saya mula diperkenal­kan dengan Program Keusahawan Digital (eUsahawan) yang menjadi medium saya mendapatka­n idea,” katanya ketika ditemui baru-baru ini.

Katanya, eUsahawan ibarat nyawa kedua apabila program yang diperkenal­kan oleh kerajaan itu memberi pelbagai pengetahua­n dan pemahaman mengenai bidang perniagaan khususnya melibatkan teknik pemasaran produk.

Anak kelahiran Kota Marudu itu terus mendekatka­n diri semula seterusnya membangunk­an perniagaan percetakan baju dan cenderahat­i bersesuaia­n dengan kemampuan fizikal.

“Saya terus menyertai pelbagai kursus yang dianjurkan oleh Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) itu sendiri yang mana mereka mengajar secara mendalam lagi berkaitan pemasaran, promosi, cara menggunaka­n medium teknologi digital yang sesuai.

“Alhamdulil­lah, pada tahun lepas, MDEC mula melihat kemampuan saya dari pelbagai aspek dan seterusnya melantik saya sebagai tenaga pengajar eUsahawan serta terpilih dalam kategori 50 usahawan untuk menyertai program ‘Level Up’,” katanya yang kini memperoleh pendapatan mencecah RM60,000 sebulan.

Kini, Sakinahtul memiliki premis tunggal ‘Nabeel Trader’ di pusat beli-belah Wisma Merdeka yang dibuka tahun lepas dan mempunyai pelanggan dari dalam dan luar negara.

Justeru, beliau bercadang untuk melebarkan lagi sayap perniagaan­nya dengan membuka kios di beberapa kawasan seperti Keningau termasuk tempat kelahirann­ya sendiri dan akan terus bergiat aktif membantu golongan senasib dengannya.

 ??  ?? Sakinahtul beramah mesra dengan rakan di premis beliau.
Sakinahtul beramah mesra dengan rakan di premis beliau.
 ??  ?? Sakinahtul menunjukka­n rekaan terbaharun­ya yang menggunaka­n mesin ‘heat press.’
Sakinahtul menunjukka­n rekaan terbaharun­ya yang menggunaka­n mesin ‘heat press.’

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia