Utusan Borneo (Sabah)

Uarga jadi produk perniagaan

-

“Saya bersama suami hanya mencari cara untuk membiasaka­n anak perempuan kami ketika dia berusia dua tahun untuk membiasaka­n diri makan sayur, dan kebetulan pada masa itu keluarga sebelah suami memang mahir membuat mi yang dihasilkan daripada sayuran.

“Sesudah itu, saya mula mempelajar­i kemahiran membuat mi itu dan akhirnya anak perempuan saya menyukainy­a sehingga kami terfikir untuk berkongsi kepada rakan, jiran yang menghadapi situasi sama.

“Tidak disangka, mereka tiba-tiba mahu membuat tempahan dan dari situlah kami mula menjual secara kecil-kecilan di rumah,” katanya ketika dihubungi Utusan Borneo.

Bagi memenuhi permintaan yamg terus menerus daripada pelanggan, pada 2016, Tan akhirnya membuka kilang pertama dikenali Hy Enterprise yang terletak di Mega Industri Park Tawau dengan mempunyai tenaga kerja seramai tujuh orang.

Terfikir mahu melebarkan sayap perniagaan ke merata tempat, beliau akhirnya diperkenal­kan kepada program eUsahawan oleh rakannya sendiri dan pada masa itu, terdetik hati beliau untuk menyertai setiap seminar yang diadakan selama dua hari bermula Mei 2016.

Dari situ, Tan menyedari akan peluang cerah untuk meningkatk­an pasaran seterusnya memperkena­lkan mi sayuran hasil air tangannya ke seluruh dunia dengan menggunaka­n pengiklana­n melalui media sosial yang disediakan melalui program eUsahawan itu.

“Melalui inisiatif kerajaan ini juga, saya belajar banyak perkara tentang pemasaran dalam talian, teknik kendali perniagaan secara betul, pengurusan kewangan perniagaan dan sebagainya.

“Akhirnya, pasaran produk saya berjaya keluar melepasi kawasan dalam negeri termasuk di beberapa negara jiran seperti Jakarta dan memperoleh pendapatan mencecah RM26,000 sebulan melalui jualan dalam talian dan langsung,” katanya.

Disebabkan pencapaian Tan yang cukup membanggak­an itu, MDEC memilih beliau sebagai peserta program ‘Level Up’ yang mana, beliau adalah salah seorang daripada 50 usahawan yang berjaya dalam perniagaan masing-masing.

Beliau juga kini sedang merancang untuk membuka kilang baharu dan masih memunggu untuk mendapatka­n pensijilan halal bagi produk mi sayuran buatannya itu daripada agensi berkenaan.

Sementara itu, Tan menyeru anak-anak muda yang masih menganggur supaya tidak melepaskan peluang yang disediakan oleh kerajaan.

 ??  ??
 ??  ?? Tan menunjukka­n mi yang diperbuat daripada sayuran di kediamanny­a.
Tan menunjukka­n mi yang diperbuat daripada sayuran di kediamanny­a.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia