Utusan Borneo (Sabah)

Liverpool melonjak ke tangga kedua Liga Perdana Inggeris

Dua gol jaringan Son pastikan Spurs kukuhkan kedudukan di empat tangga teratas liga selepas benam Huddersfie­ld 2-0

-

LONDON, England: Mohamed Salah dan Sadio Mane memastikan Liverpool naik ke tangga kedua Liga Perdana Inggeris dengan kemenangan 2-0 ke atas Newcastle United sementara Tottenham Hotspur mengukuhka­n kedudukan di empat tangga teratas apabila Son Heung-Min menjaringk­an dua gol untuk membantu menewaskan Huddersfie­ld 2-0 Sabtu lepas.

Salah membuka jaringan pada minit ke-40 di Anfield untuk mengekalka­n rentak cemerlang pada musim pertama beliau di

Liverpool selepas perpindaha­n dari AS Roma.

Penyerang antarabang­sa Mesir itu mengawal umpanan Alex Oxlade-Chamberlai­n dengan baik sebelum merembat menewaskan penjaga gol Martin Dubravka untuk gol ke-32 beliau musim ini dan yang kelapan dari tujuh penampilan.

Liverpool mengawal sepenuhnya permainan 10 minit selepas rehat apabila Roberto Firmino mengucarka­cir pertahanan Newcastle sebelum mengumpan bola kepada Mane untuk menjaringk­an gol liga ke-14 beliau musim ini.

Kemenangan keempat dari lima perlawanan liga terakhir membolehka­n Liverpool kini satu mata di hadapan Manchester United, yang boleh merampas kembali kedudukan jika menewaskan Crystal Palace pada perlawanan hari ini. Pendahulu liga, Manchester City, masih selesa dengan kelebihan 15 mata dan ber- main lewat menentang Chelsea.

Newcastle kini dua mata di atas zon penyingkir­an selepas kekalahan ketiga dari lima perlawanan.

“Ia satu perlawanan yang sukar, kami tahu sebelum sepak mula dan kami merasainya sepanjang perlawanan,” kata pengurus Liverpool, Jurgen Klopp ketika memberitah­u penyiaran BT Sport.

“Saya fikir pemain beraksi cemerlang dan mereka melakukan apa yang perlu dilakukan. Mo Salah seorang pemain tengah yang gemar menyerang, lebih kepada seorang penyerang berbanding pemain tengah. Beliau memiliki keazaman untuk menjaringk­an gol.”

Pengurus Newcastle, yang juga bekas pengurus Liverpool, berkata pasukannya menerima padah kerana kesilapan mereka sendiri.

“Kami bermain dengan baik selama 40 minit dan cuba mengawal permainan tetapi kami juga perlu mencipta peluang untuk serangan pantas,” kata Benitez. “Kami melakukan kesilapan dalam separuh masa pertama dan bolos, kami juga melakukan kesilapan pada separuh masa kedua dan bolos.”

Di Wembley, Son membuka jaringan untuk Spurs pada minit ke-27 dengan gol ke-14 beliau musim ini dari umpanan Dele Alli sebelum menjaringk­an gol kedua pada minit ke-54 dari satu umpanan cantik Harry Kane.

Spurs, di tangga keempat kini, menang tiga perlawanan liga berturut-turut untuk menjarakka­n kedudukan dengan lima mata berbanding Chelsea (tangga kelima) dalam saingan empat tangga teratas liga dan kelayakan ke Liga Juara-Juara musim hadapan.

“Saya berharap saya boleh menjaringk­an lebih banyak lagi gol untuk Spurs. Pengurus harus memiliki 11 pemain. Saya mencuba yang terbaik dan cuba untuk bersedia sepanjang masa,” kata Son.

Swansea melangkah keluar dari zon penyingkir­an dan menyebabka­n West Ham kembali dalam masa apabila menang 4-1 di Stadium Liberty.

Ki Sung-Yueng membuka jaringan buat Swansea seawal minit kelapan untuk gol kedua beliau musim ini.

Swansea, yang dibimbing Carlos Carvalhal, menambah jaringan pada minit ke-32 menerusi gol Mike van der Hoorn sebelum Andy King menjaringk­an gol pertama beliau untuk Swansea pada minit ke-48 dan menjadikan kedudukan selesa 3-0.

Michail Antonio merapatkan kedudukan buat West Ham pada minit ke-79 tetapi kekalahan ketiga dari empat perlawanan terakhir tidak dapat dielak menyebabka­n West Ham kini tiga mata di atas zon penyingkir­an.

“Kami mempunyai beberapa kemenangan penting sejak saya tiba tetapi ini adalah prestasi terbaik pasukan,” kata Carvalhal.

Troy Deeney menyebabka­n West Bromwich Albion semakin menghampir­i zon penyingkir­an selepas Watford menang 1-0 di Vicarage Road.

Deeney menyempurn­akan hantaran Will Hughes pada minit ke-77.

Southampto­n juga belum selesa apabila hanya satu mata di atas zon penyingkir­an selepas diikat tanpa jaringan oleh Stoke City di St Mary.

Riyad Mahrez menyelamat­kan maruah Leicester dengan gol penyamaan 1-1 ketika menentang Bournemout­h, yang membuka jaringan dari satu tendangan penalti Josh King.

Burnley menamatkan 11 perlawanan tanpa menang dalam liga apabila menewaskan Everton 2-1 menerusi gol kemenangan Chris Wood pada minit ke-80.

Cenk Tosun meletakkan Everton di hadapan sebelum Ashley Barnes mengikat kedudukan.

Everton menamatkan permainan dengan 10 pemain selepas Ashley Williams dibuang padang pada minit ke-86 ekoran kekasaran ke atas Barnes. — AFP

Ia satu perlawanan yang sukar, kami tahu sebelum sepak mula dan kami merasainya sepanjang perlawanan.

Jurgen Klopp Pengurus Liverpool

 ??  ??
 ??  ?? KLOPP
KLOPP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia