Utusan Borneo (Sabah)

Baju penyokong Badak dilancar

- Oleh DESMOND QWEK

KOTA KINABALU: Baju Kelab Penyokong Bolasepak Sabah dari Sandakan Mix telah dilancar secara rasmi di pejabat Persatuan Bolasepak Sabah (SAFA), di Likas pada Sabtu.

Majlis itu telah disempurna­kan oleh Setiausaha Eksekutif SAFA Haji Hasbullah Yahya dengan disaksikan oleh Presiden SAFA Sandakan yang juga Ahli Majlis Tertinggi SAFA Rosdy Wasli.

Hasbullah dalam ucapan beliau merasa sungguh gembira dengan perkembang­an bola sepak Sandakan yang diterajui oleh Rosdy yang telah banyak melakukan perubahan pembanguna­n dan perancanga­n untuk bola sepak daerah itu.

“Pelancaran baju kelab penyokong Sabah, Sandakan Mix merupakan yang pertama ditubuhkan di bawah SAFA daerah, dan SAFA Negeri mengalu-alukan perkembang­an yang baik itu demi menyuntik semangat pasukan Sabah.

“Kelab-kelab lain amat dialu-alukan untuk mengikut langkah Kelab Penyokong Sandakan Mix ini yang telah ditubuhkan mengikut proses yang betul,” jelas beliau.

Hasbullah juga mengingatk­an kelab-kelab penyokong untuk mematuhi peraturan semasa berada di stadium dan menjaga nama baik Negeri Sabah.

“Semasa memberi sokongan, tidak perlu menimbulka­n masalah kepada persatuan negeri seperti didenda oleh kerana tingkahlak­u penyokong-penyokong. Ianya merugikan persatuan negeri,” tegas beliau.

Ketika ini Sandakan Mix telah menerima kira-kira 200 ahli.

Sehubungan dengan itu, mereka yang berminat untuk menjadi ahli kelab boleh menghubung­i talian 014-9190196 (Karim), 019-8312226 (Agus) atau 017-8325429 (Nasir, bendahari).

 ??  ?? ROSDY (dari kanan) menyaksika­n Hasbullah sedang mengamati baju Kelab Penyokong Bolasepak Sabah dari Sandakan Mix yang dilancar secara rasmi di pejabat Persatuan Bolasepak Sabah (SAFA), di Likas pada Sabtu.
ROSDY (dari kanan) menyaksika­n Hasbullah sedang mengamati baju Kelab Penyokong Bolasepak Sabah dari Sandakan Mix yang dilancar secara rasmi di pejabat Persatuan Bolasepak Sabah (SAFA), di Likas pada Sabtu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia