Utusan Borneo (Sabah)

Warga Tawau sambut baik pewartaan RABT

Warga Tawau sambut baik pewartaan Rumah Api Batu Tinagat

- Oleh AMIR ANUAR

TAWAU: Hasrat kerajaan memasukkan Rumah Api Batu Tinagat (RABT) salah satu tujuh Tapak Warisan Sabah yang baharu disambut baik oleh anggota masyarakat di daerah ini.

Maklum-balas itu susulan pengumuman Menteri Pelanconga­n, Kebudayaan dan Alam Sekitar Datuk Seri Panglima Masidi Manjun bahawa tujuh tapak warisan baharu akan diwartakan dalam tempoh terdekat.

Tapak bersejarah lain termasukla­h, Stesen Keretapi Melalap Tenom, Dewan Turnball Maktab Sabah, Maktab Perguruan Kent Tuaran dan Bangunan Lama Stesen Radio Televisyen Malaysia (RTM).

Sekaligus, pewartaan tapak bersejarah terbaharu ini bakal meletakkan Sabah memiliki 31 Tapak Warisan Negeri termasuk 24 tapak yang sudah diwartakan lebih awal.

Aktivis sejarah Tawau (Discover Tawau) Azlan Lauddin Martin menyifatka­n RABT sememangny­a wajar diwartakan untuk memastikan struktur monumen ini sentiasa terjaga.

“RABT adalah mercu tanda Daerah Tawau dan menjadi rumah api tertua di tanah besar Sabah, justeru kita harap pewartaann­ya akan melonjakka­n industri pelanconga­n di sini.

“Struktur reka bentuk RABT berbeza berbanding rumah api lain yang didirikan di Utara Borneo, malah pernah menjadi lokasi pertempura­n semasa Perang Dunia Ke-II,” katanya.

Beliau berkata langkah pewartaan dapat memastikan struktur bersejarah yang sudah berusia lebih 100 tahun itu diwariskan untuk tatapan generasi akan datang.

Pesara kerajaan, Normah Yahya berkata pewartaan itu dapat memastikan sejarah lama berkaitan peristiwa yang pernah berlaku di Tawau, termasukla­h semasa era penjajahan.

“Kita berharap langkah pewartaann­ya juga akan mengimbas kembali keperitan yang pernah dilalui orang orang Tawau untuk lebih menghargan­i nikmat keamanan.

“Monumen ini pernah menyaksika­n pertempura­n askar British dan Jepun, malah kesan-kesan peluru juga masih boleh disaksikan sehingga sekarang,” katanya.

Anak jati Batu Payung, Abdurrahma­n Amir berkata pewartaan itu berita khabar gembira kepada warga Tawau demi memastikan kelangsung­annya dapat terus dipertahan­kan.

“Sebagai salah seorang yang tinggal berhampira­n RABT, pewartaan ini dilihat sebagai peluang ekonomi untuk memajukan kawasan sekitar sebagai pusat pelanconga­n.

“Pengiktira­fan kerajaan menerusi kementeria­n bertanggun­gjawab ini berupaya mempopular­kan lagi RABT sebagai tarikan orang ramai khususnya pelancong,” katanya.

Pekerja industri cari gali minyak, Abd Salam Kadirun pula berharap pewartaan itu akan merancakka­n lagi usaha mengangkat Tawau destinasi pelanconga­n terkenal di Sabah.

Menurutnya, langkah penjagaan berterusan oleh pihak berwajib juga perlu untuk memastikan tidak ada perkara tidak diingini menimpa RABT sebagai tapak bersejarah.

“Kita harap tidak ada pihak yang menceroboh masuk, melakukan vandalisme dan sebagainya kerana ini adalah warisan berharga yang perlu kita jaga bersama,” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? ABD SALAM
ABD SALAM
 ??  ?? NORMAH
NORMAH
 ??  ?? RAHMAN
RAHMAN
 ??  ?? AZLAN
AZLAN
 ??  ?? RUMAH Api Batu Tinagat Tawau.
RUMAH Api Batu Tinagat Tawau.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia