Utusan Borneo (Sabah)

Kerajaan perlukan sokongan, kerjasama masyarakat Cina

Kerajaan perlukan sokongan masyarakat Cina

- Oleh NOORASVILL­A MUHAMMA

SANDAKAN: Kerajaan Negeri Sabah memerlukan kerjasama dan sokongan daripada masyarakat Cina bagi merealisas­ikan pembanguna­n secara berterusan di negeri ini.

Ketua Menteri Tan Sri Musa Haji Aman berkata pihaknya tidak dapat membangunk­an negeri ini secara bersendiri­an, sebaliknya memerlukan idea, cadangan serta pandangan daripada semua pihak termasuk masyarakat Cina

Menyingkap kembali sejarah Sandakan, beliau berkata daerah ini suatu masa dahulu terkenal dengan panggilan ‘The Little Hong Kong’ dan telah melahirkan ramai jutawan.

Kini katanya, Sandakan memerlukan kerjasama semua pihak dalam usaha mengembali­kan zaman kegemilang­annya seperti suatu masa dahulu.

“Sandakan bukanlah satu daerah yang asing bagi kita kerana sektor pelanconga­nnya mempunyai potensi yang sangat tinggi. Sektor ini juga adalah salah satu daripada hala tuju yang saya tetapkan ketika menjadi Ketua Menteri selain daripada sektor agrikultur dan pembuatan serta sumber manusia.

“Ketika ini, pelanconga­n tertumpu di Kota Kinabalu dengan kehadiran lebih kurang setengah juta pelancong dari China selain daripada pelancong dari Taiwan, Korea Selatan dan Australia.

“Kita tidak mahu mereka hanya ke Kota Kinabalu sahaja sebaliknya juga ke Sandakan dan Tawau. Tetapi kita perlu ada lebih banyak bilik dan hotel serta pusat membeli-belah,” katanya pada Sesi Dialog Bersama Masyarakat Cina di sebuah di sini pada Ahad.

Hadir sama, Timbalan Ketua Menteri yang juga Menteri Pembanguna­n Perindustr­ian Datuk Seri Raymond Tan Shu Kiah, Pembantu Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Zakaria Haji Mohd Edris, Senator Chin Su Phin, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sekong Datuk Samsudin Haji Yahya, Adun Karamuntin­g Datuk Charles O Pang Su Phin, Adun Elopura Datuk Au Kam Wah dan Presiden Majlis Perbandara­n Sandakan Datuk James Wong.

Musa berkata antara usaha kerajaan dalam membantu membangunk­an daerah ini termasuk memanjangk­an landasan di Lapangan Terbang Sandakan yang akan bermula tidak lama lagi selain daripada usaha menaiktara­f bekalan elektrik.

“Sebab itu, kita kena bekerjasam­a dengan kerajaan sedia ada. Kenapa kena cari kerajaan baharu sedangkan kita tidak tahu apa yang mereka boleh buat? Apa yang akan kita dapat jika kita pilih pembangkan­g? Mereka tidak ada bercerita apa-apa selain daripada hanya isu rasuah.

“Di Sandakan sendiri, kita tidak nampak apa-apa yang dibuat oleh mereka. Tetapi kalau kita letak pemimpin Barisan Nasional di sini, banyak yang boleh kita lakukan,” jelasnya.

Pada majlis itu, Musa turut mendengar perkongsia­n dan cadangan yang diutarakan oleh masyarakat Cina mengenai beberapa isu seperti ekonomi dan pendidikan di daerah ini.

“Ketika ini, pelanconga­n tertumpu di Kota Kinabalu dengan kehadiran lebih kurang setengah juta pelancong dari China selain daripada pelancong dari Taiwan, Korea Selatan dan Australia. Kita tidak mahu mereka hanya ke Kota Kinabalu sahaja sebaliknya juga ke Sandakan dan Tawau. Tetapi kita perlu ada lebih banyak bilik dan hotel serta pusat ” membeli-belah. TAN SRI MUSA HAJI AMAN Ketua Menteri

 ?? - Gambar JABATAN KETUA MENTERI ?? MUSA bersalaman dengan masyarakat Cina pada Sesi Dialog Bersama Masyarakat Cina di Sandakan.
- Gambar JABATAN KETUA MENTERI MUSA bersalaman dengan masyarakat Cina pada Sesi Dialog Bersama Masyarakat Cina di Sandakan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia