Utusan Borneo (Sabah)

TIADA HASRAT KECILKAN SAIZ

Isu penguranga­n bilangan penjawat awam tidak pernah timbul

-

BALIK PULAU: Kerajaan sedia ada tidak berhasrat mengecilka­n saiz penjawat awam di negara ini dan tawaran kerja dalam sektor itu sentiasa dibuka setiap tahun, kata Ketua Pengarah Perkhidmat­an Awam Tan Sri Zainal Rahim Seman.

Beliau juga berkata isu penguranga­n bilangan penjawat awam itu tidak pernah ditimbulka­n oleh kerajaan di bawah pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Setiap tahun kita buka tawaran kerja kepada perkhidmat­an awam, kita jangkakan setiap tahun lebih kurang 35,000 yang akan bersara sama ada pencen wajib, bersara atas kesihatan dan bersara awal.

“Maka kerajaan akan mengambil jumlah pekerja sama atas keperluan yang sama. Jadi tidak timbul soalsoal yang menyatakan jawatan perkhidmat­an itu dibekukan, tidak timbul sama sekali,” katanya kepada pemberita selepas menyampaik­an bantuan membaiki rumah tiga penjawat awam di Pondok Upeh, di sini pada Ahad.

Beliau berkata demikian semasa diminta mengulas sama ada kerajaan semasa berhasrat mengecilka­n saiz sektor awam di negara ini seperti yang ingin dilakukan oleh pembangkan­g sekiranya mereka meneraju negara selepas pilihan raya umum akan datang.

Sehubungan itu katanya rakyat yang mempunyai kelayakan boleh memohon kepada Suruhanjay­a Perkhidmat­an Awam untuk menyertai sektor awam negara ini.

Mengulas lanjut, Zainal berkata kerajaan juga menimbang mewujudkan jawatan-jawatan penting bagi menangani cabaran masa depan termasuk Revolusi Industri 4.0.

Berhubung program membaiki rumah tersebut, beliau berkata program dengan kerjasama Pejabat Pembanguna­n Persekutua­n Negeri Pulau Pinang, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri dan pejabat daerah itu bertujuan meninjau masalah yang dihadapi penduduk setempat dengan lebih dekat, katanya. - Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia