Utusan Borneo (Sabah)

18,000 peluang pekerjaan menerusi Tok Bali Supply Base

-

PASIR PUTEH: Sebanyak 18,000 peluang pekerjaan dijangka diwujudkan menerusi pembanguna­n projek Tok Bali Supply Base (TBSB) di Tok Bali di sini bagi tempoh beberapa tahun akan datang.

Menteri Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata ia membabitka­n 3,000 pekerjaan secara langsung di TBSB manakala bakinya menerusi pembanguna­n sektor pelanconga­n seperti hotel dan restoran.

“Projek berkenaan mempunyai 40 penyedia perkhidmat­an dan syarikat itu berhasrat menambah sehingga 120 penyedia perkhidmat­an dalam beberapa tahun akan datang, selain menjangkak­an 600 kapal akan berlabuh tahun ini berbanding 309 kapal pada tahun lepas,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mendengar taklimat mengenai projek berkenaan pejabat Tok Bali Supply Base (TBSB) Sdn Bhd di sini, pada Ahad.

Hadir sama Pengerusi Tok Bali Supply Base (TBSB) Sdn Bhd yang juga Tengku Temenggong Kelantan Tan Sri Tengku Mohamad Rizam Tengku Abdul Aziz dan Pengarah Jabatan Pembanguna­n Persekutua­n (JPP) Kelantan Datuk Yahaya Mamat.

Tok Bali Supply Base menyediaka­n kemudahan prasarana bagi menyokong industri petroleum luar pantai di kawasan utara Pantai Timur Semenanjun­g Malaysia.

Mengulas lanjut, Mustapa yang juga Pengerusi Majlis Tindakan Persekutua­n Negeri Kelantan (MTPNK) berkata dalam pada itu, Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) juga akan membangunk­an 80 hektar tanah di sekitar kawasan Tok Bali sebagai kawasan industri.

“ECER telah mengemukak­an cadangan tersebut kepada kerajaan negeri dan agensi tersebut memperuntu­kkan RM200 juta bagi pembanguna­n projek itu.

TBSB juga akan membangunk­an kawasan seluas 80 hektar sebagai taman daerah kira-kira tujuh kilometer dari tempat mereka beroperasi,” katanya.

 ??  ?? MUSTAPA (dua kanan) mengadakan lawatan ke Pangkalan Perbekalan Tok Bali yang dikendalik­an oleh Tok Bali Supply Base Sdn Bhd (TBSB) pada Ahad.Turut hadir Pengerusi dan Pengarah TBSB Tan Sri Tengku Mohamad Rizam Tengku Abdul Aziz (dua kiri).
MUSTAPA (dua kanan) mengadakan lawatan ke Pangkalan Perbekalan Tok Bali yang dikendalik­an oleh Tok Bali Supply Base Sdn Bhd (TBSB) pada Ahad.Turut hadir Pengerusi dan Pengarah TBSB Tan Sri Tengku Mohamad Rizam Tengku Abdul Aziz (dua kiri).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia