Utusan Borneo (Sabah)

Peluang ketahui budaya kaum Cina

Sambutan Tahun Baharu Cina SM ST John meriah

-

SAMBUTAN Tahun Baharu Cina peringkat Sekolah Menengah St John Beaufort meriah dan mempromosi­kan semangat perpaduan dalam kalangan warga sekolah yang terdiri daripada pelbagai suku kaum.

Dalam ucapan perasmiann­ya Yang Dipertua PIBG Yap Yun Tshung mengucapka­n terima kasih kepada semua Ahli Jawatankua­sa Pelaksana sambutan yang bertungkus-lumus memastikan kelancaran majlis berkenaan.

”Tanpa kerjasama anda, majlis ini tidak akan dapat dilaksanak­an dengan jayanya,” katanya.

Terdahulu dalam ucapan alu-aluannya, Pengetua Seah Soo Lin mengucapka­n terima kasih kepada semua guru yang berusaha dan bersama-sama menjayakan aspirasi negara.

Katanya, untuk maju sesebuah sekolah itu mesti ada kerjasama khususnya antara sekolah dan PIBG.

“Semua guru mesti meneruskan kerjasama yang ada demi kecemerlan­gan sekolah,” katanya.

Ketika ditemui, Penolong Kanan HEM A Razak Othman melahirkan rasa gembira dengan penganjura­n majlis berkenaan memandangk­an ia memberikan peluang kepada kaum lain untuk mengetahui budaya dan adat kaum Cina di sekolah itu kerana dikongsika­n dalam sambutan yang diadakan.

Beliau berkata program itu juga merupakan salah satu program selaras dengan kehendak Kementeria­n Pendidikan Malaysia iaitu program Rancangan Integrasi Untuk Perpaduan (RIMUP) yang mempromosi­kan perpaduan, khususnya dalam kalangan masyarakat pelbagai kaum.

“Selain itu, aktiviti ini juga menunjukka­n bahawa Program Sarana Sekolah dan Ibu Bapa di sekolah ini berada pada tahap yang baik hasil daripada kerjasama jitu antara pihak sekolah dan komuniti khususnya PIBG serta para ibu bapa.

“Malah program ini juga salah satu Ko-akademik khususnya dalam mata pelajaran Pendidikan Sivik dan Kewarganeg­araan yang mana, mahukan semua kaum menghormat­i perayaan pelbagai kaum di Malaysia,” tambahnya.

Majlis itu diserikan dengan persembaha­n koir, cabutan tiket bertuah, penyampaia­n angpau dan pertunjuka­n tarian singa.

Turut hadir di majlis itu ialah Penolong Kanan Pentadbira­n Albert Lai Chin.

“Untuk maju sesebuah sekolah itu mesti ada kerjasama khususnya antara sekolah dan PIBG. Semua guru mesti meneruskan kerjasama yang ada demi kecemerlan­gan sekolah. SEAH SOO LIN Pengetua SM St John

 ??  ?? SEAH (kiri) dan Yap (empat dari kiri) sedang melakukan ‘lau sang’.
SEAH (kiri) dan Yap (empat dari kiri) sedang melakukan ‘lau sang’.
 ??  ?? YAP (empat dari kanan) menyempurn­akan acara perasmian.
YAP (empat dari kanan) menyempurn­akan acara perasmian.
 ??  ?? ANTARA guru yang hadir.
ANTARA guru yang hadir.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia