Utusan Borneo (Sabah)

Tamu Bulanan Kg Brunei Membakut meriah

-

530 orang hadir di program Tamu Bulanan dan Kempen Derma Darah bertempat di Arena Wawasan Kg Brunei, Membakut, pagi Ahad.

Program yang diadakan buat kali keempat itu cukup meriah dengan aktiviti jual beli serta tawar menawar yang mana, pada kali ini menempatka­n seramai 20 peniaga dengan kepelbagai­an produk masing-masing.

Menurut Pengerusi Program merangkap Pengerusi Persatuan Penduduk Kg Brunei Abd Rahim Jalani, selain aktiviti jual beli produk setempat, pengunjung tamu bulanan turut disajikan dengan nyanyian karaoke, pertanding­an mewarna bagi kanakkanak, pemeriksaa­n kesihatan percuma oleh Komuniti Sihat Perkasa Negara (Kospen) Kg Brunei dan Kempen Derma Darah oleh Hospital Beaufort.

“Dengan adanya program tamu bulanan ini, ia tentu sekali akan menjadi tarikan kepada pengunjung dalam dan luar kampung ini, sekaligus menggalakk­an penduduk untuk berniaga dan sambil berniaga ukhuwah di antara penduduk dapat dieratkan lagi.

“Tamu bulanan kali ini turut mendapat liputan secara langsung oleh radio atas talian Brunei FM Sabah dan ini meningkatk­an lagi promosi serta kemeriahan tamu ini.

“Harapan kami di masa akan datang ialah agar lebih ramai lagi pengunjung datang ke tamu bulanan kami dan seterusnya mempelbaga­ikan lagi produk untuk dijual dan jangan risau, produk kami berbeza daripada setiap penjual dan ini merupakan tarikan kepada pengunjung,” katanya.

Program Tamu Bulanan itu merupakan anjuran bersama Jawatankua­sa Kemajuan dan Keselamata­n Kampung (JKKK), KRT Kg Brunei 1 dengan kerjasama pergerakan Pemuda, AIM, Kospen, NGO derma darah dan Hospital Beaufort.

 ??  ?? (Gambar kanan) PENGANJUR, peniaga dan pengunjung merakamkan gambar kenangan.
(Gambar kanan) PENGANJUR, peniaga dan pengunjung merakamkan gambar kenangan.
 ??  ?? PEMERIKSAA­N percuma untuk tekanan darah tinggi dan tahap kencing manis sebagai satu langkah mempastika­n komuniti sihat yang diusahakan oleh Kospen Kg Brunei.
PEMERIKSAA­N percuma untuk tekanan darah tinggi dan tahap kencing manis sebagai satu langkah mempastika­n komuniti sihat yang diusahakan oleh Kospen Kg Brunei.
 ??  ?? KANAK-KANAK yang mempunyai gaya mewarna berbeza berentap untuk menjadi juara.
KANAK-KANAK yang mempunyai gaya mewarna berbeza berentap untuk menjadi juara.
 ??  ?? (Gambar atas) PENGUNJUNG berpeluang membeli beraneka produk yang ditawarkan di tamu berkenaan.
(Gambar atas) PENGUNJUNG berpeluang membeli beraneka produk yang ditawarkan di tamu berkenaan.
 ??  ?? PENGUNJUNG berpusupus­u untuk mendaftar diri sebagai penderma darah.
PENGUNJUNG berpusupus­u untuk mendaftar diri sebagai penderma darah.
 ??  ?? PARA penyampai Brunei FM Sabah berceloteh bersama seorang pengunjung.
PARA penyampai Brunei FM Sabah berceloteh bersama seorang pengunjung.
 ??  ?? ABD RAHIM
ABD RAHIM

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia