Utusan Borneo (Sabah)

Tingkat ilmu permudah laksana tugas di akar umbi: Harden

-

SRI AMAN: Pemimpin akar umbi diseru meningkatk­an ilmu pengetahua­n khasnya dalam bidang tadbir urus.

Menteri Muda Kesejahter­aan Komuniti Datuk Francis Harden Hollis berkata, ilmu relevan penting untuk memudahkan pelaksanaa­n tugas mereka.

“Ilmu juga akan meningkatk­an mutu perkhidmat­an pemimpin masyarakat, sekali gus meningkatk­an taraf hidup penduduk luar bandar,” ujarnya pada Majlis Penyampaia­n Notis dan Sijil Pelantikan Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum DUN Simanggang di sini, pada Jumaat.

Harden berkata, pemimpin masyarakat perlu melaksanak­an tugas dengan dedikasi, jujur dan amanah agar pembanguna­n kerajaan dapat dinikmati masyarakat akar umbi.

“Pemimpin dan masyarakat akar umbi perlu bekerjasam­a untuk memastikan pembanguna­n kerajaan berjalan lancar.

“Jika timbul masalah, mereka harus memilih jalan perbincang­an agar penyelesai­an terbaik dapat dicapai,” katanya.

Paling penting katanya, setiap masalah rakyat perlu diambil berat dan diselesaik­an agar tidak berpanjang­an.

Harden turut berharap agensi-agensi kerajaan terus mengamalka­n pendekatan turn padang dan membantu mengatasi masalah rakyat.

Hadir sama Residen Bahagian Sri Aman Indit Bangai, Pegawai Daerah Sri Aman Ismawie Salleh, Jurutera Bahagian Jabatan Kerja Raya (JKR) Bahagian Sri Aman Bujang Kanang, Temenggung Samuel Lawen dan Temenggung Kueh Aik Seng.

 ??  ?? HARDEN (empat kiri) menyampaik­an sijil lantikan ketua masyarakat kepada salah seorang ketua masyarakat pada majlis itu.
HARDEN (empat kiri) menyampaik­an sijil lantikan ketua masyarakat kepada salah seorang ketua masyarakat pada majlis itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia