Utusan Borneo (Sabah)

Perlawanan hebat, kekalahan bermaruah buat Sabah

Sabah pamer persembaha­n berkualiti menentang JDT pada pusingan kedua Piala FA

- Oleh VITALIS G BINGKASAN

SABAH tersingkir pada pusingan kedua Piala FA apabila kalah 1-2 di tangan Johor Darul Ta’zim (JDT) pada perlawanan kalah mati yang berlarutan sehingga ke masa tambahan di Stadium Likas, Sabtu lalu.

Walaupun tersingkir, lebih 21,000 penonton yang membanjiri stadium dipertonto­nkan dengan persembaha­n hebat yang seimbang dan penuh aksi serta seni bola sepak dua pasukan sekali gus memesongka­n jangkaan awal bahawa Sabah yang sebagai pasukan `underdog’ bukan tandingan JDT, juara Liga Super dan AFC musim lalu.

Sabah malahan membuat kejutan apabila lebih awal mendahului 1-0 hasil jaringan Lee Gil Hoon pada minit ke-24 dan kedudukan itu kekal sehingga tamat separuh masa pertama.

JDT hanya dapat menya- makan kedudukan pada minit ke-52 menerusi Luciano Gabriel Figueroa untuk membawa perlawanan itu ke masa tambahan.

Gol kemenangan JDT dijaringka­n Gonzalo Gabriel pada minit ke-94 tetapi mereka dipaksa berkerja keras mempertaha­nkan nya sehingga wisel penamat ditiup.

Ia adalah satu perlawanan menarik dan saya percaya penonton juga telah menikmati perlawanan ini. Berhadapan dengan pasukan yang kuat... juara Liga Super dengan rekod tanpa kalah dan juara AFC musim lalu, kita membuktika­n bahawa pasukan kita berkualiti. Walaupun tewas, secara keseluruha­nnya saya berpuas hati terutama dengan semangat juang pemain dan usaha mereka untuk cuba memenangi perlawanan ini. Ia adalah persembaha­n hebat kedua-dua pasukan tetapi dalam perlawanan ini hanya satu pemenang dan ianya dimiliki JDT.

Apapun sedikit mengecewak­an dalam perlawanan seperti ini kerana seharusnya kita menyaksika­n satu persembaha­n yang menyeronok­kan dari seni permainan bola sepak sebenar tetapi ada keadaankea­daan tertentu keseronoka­n itu dirosakkan oleh keputusan (pengadil perlawanan) yang kita tidak harapkan.

Bagaimanap­un perlawanan ini telah memperliha­tkan kualiti baik pemain dan saya berharap ia dapat dikekalkan dalam fokus kita seterusnya iaitu saingan Liga Premier.

Pengurus pasukan, Datuk Juil Nuatim

Ia adalah kekalahan bermaruah dan saya percaya kita telah memberikan persembah anyang boleh dibanggaka­n penyokong. Kehadiran penyokong yang begitu ramai juga membuktika­n mereka boleh menjadi pemain ke-12 dan boleh mengubah semangat pasukan kita menjadi lebih kuat. Saya harap sokongan seperti ini akan terus dinikmati pasukan pasda perlawanan akan datang.

Kita adalah pasukan `underdog’ dalam perlawanan ini tetapi JDT tidak dapat tewaskan kita dalam 90 minit malahan kita suatu ketika mendahului. Saya juga tidak berpuas hati dengan beberapa keputusan pengadil bukan sahaja membabitka­n pasukan kita tetapi juga pasukan lawan. Inilah yang mendundang kemarahan penonton. Kita akan buat aduan mengenai perkara ini kepada FAM.

Jurulatih JDT, Raul Longhi (Facebook JOHOR Southern Tigers)

Saya gembira dengan keputusan pada malam tadi tetapi saya tidak berpuas hati dengan prestasi permainan pemain-pemain kami. Saya faham mereka kepenatan selepas kembali daripada perlawanan yang sukar dalam kejohanan Piala AFC sebelum ini. Kemudian tidak sampai satu hari pulang, kami perlu mengharung­i perjalanan ke Sabah untuk perlawanan pusingan kedua Piala FA.

Saya tidak berpuas hati dengan karakter pemain kami pada separuh masa pertama. Pada separuh masa kedua baru saya dapat lihat mereka kembali bermain dengan semangat juang yang tinggi.

Walau apa pun saya ucapkan syabas kepada pasukan Sabah

yang telah bermain dengan baik. Mereka telah menunjukka­n semangat juang dan prestasi yang tinggi. Kami bernasib baik dapat menang. Tetapi itulah bola sepak. Kadang-kadang anda bermain dengan teruk boleh menang dan kadang-kadang anda bermain dengan baik juga boleh tewas.

Syabas juga saya ucapkan kepada para pemain JDT. Saya berharap mereka dapat menunjukka­n semangat juang yang lebih tinggi lagi pada perlawanan akan datang.

Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim (Facebook JOHOR Southern Tigers)

Saya ingin mengucapka­n syabas kepada pasukan Sabah yang telah menunjukka­n kami semangat juang yang bagus. Para pemain mereka telah bermain dengan semangat juang yang baik dan mereka telah menyukarka­n kerja kami untuk memenangi perlawanan pada malam ini.

Saya juga ingin mengucapka­n terima kasih kepada penyokong Sabah yang telah melayan kami dengan baik tetapi saya juga ingin meluahkan rasa kecewa terhadap beberapa pemain JDT yang cuba melengahka­n masa perlawanan.

Pada saya, pengadil perlu memberikan kad kepada manamana pemain yang melengahka­n masa perlawanan tidak kira mana-mana pasukan. Itu adalah penyakit di Malaysia yang perlu kita tangani dan hapuskan. Sudah lama kita lihat apabila sesebuah pasukan yang sedang mendahului, mereka mesti cuba untuk membuang dan melengahka­n masa. Saya berharap mentaliti seperti ini tidak perlu ada dalam bola sepak tanah air ini.

“Ia adalah satu perlawanan menarik dan saya percaya penonton juga telah menikmati perlawanan ini. Berhadapan dengan pasukan yang kuat...juara Liga Super dengan rekod tanpa kalah dan juara AFC musim lalu, kita membuktika­n bahawa pasukan kita berkualiti.

JELIUS ATING Ketua jurulatih Sabah

 ??  ??
 ?? Gambar ehsan Jamian Taip ?? PENYERANG Sabah, Lee Gil Hoon dibentes Harris Harun. Sebelum itu, Lee mengalami luka di dahi ekoran terjahan keras pertahanan JDT.
Gambar ehsan Jamian Taip PENYERANG Sabah, Lee Gil Hoon dibentes Harris Harun. Sebelum itu, Lee mengalami luka di dahi ekoran terjahan keras pertahanan JDT.
 ?? Gambar ehsan Jaiman Taip ?? KETUA pasukan yang juga tonggak pertahanan Sabah, Rawilson Batuil (kiri) mengawal gerakan penyerang utama JDT, Luciano Gabriel Figuero pada perlawanan Piala FA di Stadium Likas pada Sabtu. JDT menang perlawanan itu 2-1.
Gambar ehsan Jaiman Taip KETUA pasukan yang juga tonggak pertahanan Sabah, Rawilson Batuil (kiri) mengawal gerakan penyerang utama JDT, Luciano Gabriel Figuero pada perlawanan Piala FA di Stadium Likas pada Sabtu. JDT menang perlawanan itu 2-1.
 ??  ?? JUIL
JUIL
 ??  ?? JELIUS
JELIUS

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia