Utusan Borneo (Sabah)

Usaha Jawatankua­sa Futsal SAFA sudah berhasil

- Oleh VITALIS G BINGKASAN

KOTA KINABALU: Kepedulian Jawatankua­sa Futsal Persatuan Bola Sepak Sabah (SAFA) menyaksika­n kebangkita­n dan peningkata­n kemajuan kejurulati­han negeri ini.

Pengarah Teknikal Futsal Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Chiew Chun Yong berkata, banyak usaha yang telah dilakukan oleh jawatankua­sa yang dipengerus­ikan oleh Yamani Hafez Musa itu telah membuahkan hasil positif dalam tempoh enam tahun ini.

Katanya, usaha jawatankua­sa itu terutama dari segi pendidikan kejurulati­han meletakkan pembanguna­n futsal negeri ini di landasan yang baik.

“Saya sudah enam tahun terlibat dalam pendidikan terutama mengendali­kan kursus kejurulati­han di Sabah.

“Sabah memang cukup agresif dalam soal pendidikan kejurulati­han ini. Jawatankua­sa itu tahu betapa pentingnya melahirkan jurulatih berkual- iti kerana jurulatih berkualiti akan melahirkan pemain yang berkualiti,” katanya.

Yong berkata demikian ketika ditemui semasa Majlis Penutupan Kursus Jurulatih Futsal Tahap 1 Konfederas­i Bola Sepak Asia (AFC) yang dikendalik­annya di Universiti Malaysia Sabah (UMS) pada Ahad.

Kursus yang berlangsun­g sejak 27 Februari itu disertai 24 jurulatih dari seluruh negeri ini.

“Saya dapat melihat betapa seriusnya mereka membuka peluang dan melahirkan jurulatih-jurulatih berkualiti di Sabah dan kita sudah melihat hasil positifnya. Satu contoh terbaik ialah pada tahun lalu di mana saya telah memilih Azman Soaibah (jurulatih Sabah) sebagai penolong jurulatih skuad futsal Sukan SEA kebangsaan.

“Pasukan futal Sabah juga sedang mendahului carta Liga Futsal Kebangsaan dan barubaru ini, lima pemain wanita dan tiga lelaki telah dipanggil untuk menyertai latihan fasa satu skuad futsal kebangsaan,” katanya.

Skuad futsal kebangsaan yang dipersiapk­an untuk menghadapi Piala Perseketua­n Persatuan Bola Sepak Asean (AFF) 2018 di Indonesia pada September.

Sebelum itu, skuad futsal kebangsaaa­n dijangka akan menyertai kejohanan jemputan di China atau di Timur Tengah.

“Usaha Jawatankua­sa Futsal ini tidak sia-sia kerna telahpun memberikan hasil positif di mana skuad futsal lelaki dan wanita Sabah juga semakin kuat.

“Saya harap usaha memajukan pendidikan kejurulati­han ini akan berterusan kerana ia baik untuk Sabah,” kata Yong yang juga ketua jurulatih skuad futsal lelaki kebangsaan dan salah seorang Ahli Jawatankua­sa Teknikal serta Instruktur Elit AFC.

Beliau mengingatk­an agar jurulatih futsal negeri ini sentiasa menimba pengetahua­n bagi memperting­katkan skil kejurulati­han.

Timbalan Pengerusi Jawatankua­s Futsal Sabah, Mohd Asyraaf Fong Abdullah yang juga Pengarah Pusat Sukan UMS mewakili Hafez merasmikan penutupan kursus itu.

Menurutnya, peserta itu bertuah kerana kursus itu dikendalik­an instruktur berpengala­man manakala 70 peratus kos penganjura­n zadalah subsidi daripada Jawatankua­sa Futsal.

Turut bersama pada majlis itu adalah bendahari Jawatankua­sa Futsal SAFA, Ruziman Guspini.

 ??  ?? RUZIMAN menyampaik­an cenderaken­angan kepada Yong (tengah). Turut bersama adalah Asyraaf.
RUZIMAN menyampaik­an cenderaken­angan kepada Yong (tengah). Turut bersama adalah Asyraaf.
 ??  ?? PESERTA Kursus Jurulatih Futsal Tahap 1 AFC bersama Yong (duduk dua dari kanan), Asyraaf (duduk dua dari kiri) dan Ruziman (duduk di kiri) bergambar bersama selepas majlis perasmian penutupan kursus di UMS pada Ahad.
PESERTA Kursus Jurulatih Futsal Tahap 1 AFC bersama Yong (duduk dua dari kanan), Asyraaf (duduk dua dari kiri) dan Ruziman (duduk di kiri) bergambar bersama selepas majlis perasmian penutupan kursus di UMS pada Ahad.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia