Utusan Borneo (Sabah)

SMK Mat Salleh juara MSSD Ranau

Kejohanan Olahraga MSSD Ranau 2018

-

RANAU: Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Mat Salleh Ranau muncul juara keseluruha­n Kejohanan Olahraga Majlis Sukan Sekolah Daerah (MSSD) Ranau 2018 yang berlangsun­g di Kompleks Sukan Ranau.

Sekolah itu meraih 32 pingat emas, 13 perak dan 19 gangsa, disusuli oleh SMK Lohan ditangga di tempat kedua dengan 18 emas, 17 perak dan 13 gangsa menakala SMKA Mohammad Ali di tempat ketiga dengan 6 emas, 4 perak dan 2 gangsa.

Lapan pasukan lain yang mengambil bahagian adalah SMK Matupang Jaya (4 emas, 15 perak,11 gangsa), SMK Ulu Sugut (4 emas, 3 perak, 4 gangsa), SMK Ranau (3 emas, 8 gangsa), SMK Timbua (2 emas, 7 perak, 6 gangsa), SMK Bundu Tuhan (2 emas, 5 perak, 4 gangsa), SMK Kemburongo­h (4 perak, 2 dangsa), SMK Kundasang (2 perak, 2 gangsa) dan SMA Al-Irsyadia (1 perak).

Johan bagi kategori Zon Sekolah Rendah (SK) disandang oleh Zon Pekan dengan 6 emas, 3 perak, 2 gangsa, disusuli di tempat kedua oleh Zon Utara (3 emas, 3 perak, 4 gangsa) dan tempat ketiga Zon Tengah (3 emas, 3 perak, 1 gangsa).

Lima zon lain ialah Zon Zon Timur (2 emas, 4 perak, 3 gangsa), Zon Selatan (2 emas, 2 perak, 4 gangsa), Zon Ulu Sugut (1 perak), Zon Garas (1 gangsa) dan Zon Kinabalu (1 gangsa).

Sementara itu, Redwan Zakaria dari Zon Pekan dan Masayuni Ibin dari Zon Selatan masing-masing dinobatkan sebagai Olahragawa­n dan Olahragawa­ti bagi kategori Bawah 12 Tahun, manakala Jad Rizalman Waship dan Alexandra Rays Jainod kedua-duanya dari SMK Lohan diumumkan sebagai Olaragawan dan Olahragawa­ti kategori Bawah 15 Tahun.

Olahragawa­n dan Olahragawa­ti bagi kategori Bawah 18 Tahun masing-masing disandang oleh Alden Alex dan Dayang Suhana Jaicob, keduaduany­a dari SMK Lohan.

Johan Pertanding­an Perbarisan Lintas Hormat kategori Zon Sekolah Rendah disandang oleh Kontinjen Zon Pekan (86%), manakala naib johan kontinjen Zon Utara (80%) dan Zon Kinabalu di tempat ketiga (78%). Sementara johan kategori Sekolah Menengah ialah Kontinjen SMK Mat Salleh (86%), temp a t kedua SMK Agama Mohammad Ali (85%) dan ketiga SMK Matupang Jaya ( 84%). Maskot Zon

Utara dan SMK Ranau masing-masing diumumkan sebagai Maskot Terbaik ketika menyerikan suasana Perbarisan Lintas Hormat sempena majlis perasmian kejohanan itu pada hari pertama, yang disempurna­kan Menteri Pelanconga­n, Kebudayaan dan Alam Sekitar merangkap Adun Karanaan Datuk Seri Panglima Masidi Manjun.

Majlis penangguha­n dan penyampaia­n hadiah kepada para pemenang kejohanan kali ke-46 itu telah disempurna­kan Pegawai Pendidikan Daerah (PPD) Ranau Siti Hamni Hashim.

Siti Hamni dalam ucapannya memuji komitmen jawatankua­sa pelaksana khususnya para pegawai bertugas kerana mengendali kejohanan itu dengan lancar dan meriah.

Menurutnya, kejohanan itu adalah sebagai wadah mengenalpa­sti dan memilih atlet berpotensi untuk diketengah­kan bagi mewakili MSSD Ranau ke kejohanan peringkat negeri di Kompleks Sukan Likas, Kota Kinabalu pada 20-24 Mac.

“Kejohanan ini dijadikan medan pemilihan atlet berpotensi untuk mewakili MSSD Ranau ke kejohanan MSS peringkat negeri,” jelas Siti Hamni sambil memaklumka­n seramai 78 atlet akan mewakili daerah Ranau.

Beliau berharap para atlet yang terpilih berlatih bersungguh-sungguh sebagai persediaan ke kejohanan itu untuk meraih lebih banyak pingat emas seterusnya menyandang gelaran juara keseluruha­n.

Rurut hadir ialah Pengetua SMK Agama Mohamad Ali merangkap Pengerusi Jawatankua­sa Pelaksana Jaimis Saiman, Timbalan PPD Ranau Mozainie Yukin dan Pengerusi Persatuan Pengetua Daerah Ranau Sabin Sinusun.

 ??  ?? KONTINJEN SMK Mat Salleh merakam gambar kenangan.
KONTINJEN SMK Mat Salleh merakam gambar kenangan.
 ??  ?? SITI Hamni menyampaik­an hadiah kepada Jad Rizalman.
SITI Hamni menyampaik­an hadiah kepada Jad Rizalman.
 ??  ?? PARA olahragawa­n-wati bawah 15 dan 18 tahun.
PARA olahragawa­n-wati bawah 15 dan 18 tahun.
 ??  ?? GURU Besar SK Pekan Ranau turut menyampaik­an hadiah kepada para pemenang.
GURU Besar SK Pekan Ranau turut menyampaik­an hadiah kepada para pemenang.
 ??  ?? DUA atlet perempuan penyumbang utama pingat emas yang membolehka­n Zon Pekan muncul juara keseluruha­n.
DUA atlet perempuan penyumbang utama pingat emas yang membolehka­n Zon Pekan muncul juara keseluruha­n.
 ??  ?? GANDINGAN empat atlet Zon Pekan penyumbang utama pingat emas.
GANDINGAN empat atlet Zon Pekan penyumbang utama pingat emas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia