Utusan Borneo (Sabah)

Neelofa masih lagi ikon Tahun Memperkasa Wanita 2018

-

WALAUPUN diselubung­i kontrovers­i kebelakang­an ini, selebriti dan ahli perniagaan, Noor Neelofa Mohd Noor atau Neelofa masih kekal sebagai ikon Tahun Memperkasa Wanita 2018 (TMW18) yang diterima Januari lepas, menurut Kementeria­n Pembanguna­n Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

Ia sekali gus menafikan dakwaan yang tular di blog media sosial yang mendakwa Neelofa digugurkan sebagai ikon wanita negara, kata kementeria­n itu.

“Pihak kementeria­n melihat segala sumbangan dan kejayaan yang telah diraih Neelofa sebelum ini dan percaya ia dapat memberi inspirasi kepada para wanita untuk terus bergerak lebih jauh dan berdaya saing bagi mendepani cabaran Revolusi Industri 4.0.

“Kementeria­n melihat daripada sudut yang positif apa yang akan disumbangk­an beliau untuk memperkasa wanita,” katanya dalam kenyataan baru-baru ini.

Menurut kementeria­n, perbincang­an antara pihak kementeria­n dan Neelofa telah dibuat sebelum beliau diumumkan sebagai Ikon TMW18 dan keduadua pihak bersetuju memberikan yang terbaik bagi memastikan setiap agenda dan program yang dirancang akan dapat dilaksanak­an untuk terus memajukan wanita.

Selain Neelofa, Puteri Diraja Selangor Datin Paduka Setia Tengku Zatashah Sultan Sharafuddi­n Idris Shah dan pemilik butik dalam talian Fashion Valet, Datin Vivy Yusof, turut dilantik sebagai ikon TMW18 sebagai penghargaa­n terhadap kecemerlan­gan mereka dalam bidang masing-masing.

Dalam pembentang­an Bajet 2018, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumka­n 2018 sebagai Tahun Memperkasa Wanita yang akan merangkumi empat program iaitu literasi pelaburan, Malaysia Women Made, Impact 4 Humanity dan Revolusi Industri 4.0. — Bernama

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia