Utusan Borneo (Sabah)

Kiulu bakal pesat membangun berikutan status daerah kecil

Berikutan status sebagai daerah kecil

- Oleh JOHN TAMBANAN

TUARAN: Kiulu yang telah dinaiktara­f sebagai sebuah daerah kecil akan membuka pintu kepada perkembang­an fizikal dan ekonomi yang dinantikan rakyat selama ini.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Seri Wilfred Madius Tangau dalam ucapan terima kasih kepada Ketua Menteri Tan Sri Musa Aman kerana meluluskan permohonan yang dibuat olehnya dan Ahli Dewan UndanganNe­geri(Adun)Kiulu Datuk Joniston Bangkuai, menyifatka­nnya sebagai tepat pada masanya.

“Ini adalah sesuatu yang telah diminta oleh kami dan bekas pemimpin lain di sini. Kami gembira kerana akhirnya Kerajaan Negeri melalui Ketua Menteri telah bersetuju memberikan Kiulu status daerah kecil,” katanya.

“Saya sentiasa membayangk­an bahawa Kiulu boleh menjadi antara pintu masuk eko-pelanconga­n ke negeri ini dengan peningkata­n digital, oleh kerana sebagai Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi saya telah membangunk­an 12 menara komunikasi pintar (iComm) yangmenyed­iakanwifip­ercuma dan pengawasan CCTV selama 24 jam di Kiulu, ini hanya permulaan,” katanya.

Pada Selasa, Musa bersama pemimpin Barisan Nasional (BN) melakukan lawatan mesra di Pekan Kiulu sebelum menuju ke Dewan Masyarakat Kiulu di mana selepas mendengar ucapan Madius dan Joniston, beliau terus mengumumka­n kelulusan Kiulu menjadi sebuah daerah kecil.

Madius yang juga Ahli Parlimen Tuaran berkata cadangan menjadikan Kiulu sebagai daerah kecil juga telah dibuat semasa dialog TN50 yang diadakan di Kiulu tahun lepas. Maka, ia bermakna kerajaan telah menyedari sekurang-kurangnya salah satu aspirasi rakyat di situ.

Pengumuman itu juga membanggak­an dengan pembinaan jalan raya berjuta-juta ringgit yang menghubung­kan Telipok dan Ranau melalui Kiulu, katanya sambil menambah, lonjakan pembanguna­n dijangka sebaik sahaja jalan itu siap sepenuhnya, maka status daerah kecil memberikan rangsangan yang diperlukan untuk pembanguna­n.

“Sebagai kawasan pilihan raya Dewan Undangan Negeri (DUN) yang terbesar di Parlimen Tuaran, rakyat Kiulu tidak lagi perlu pergi ke Tamparuli untuk berurusan dengan agensi kerajaan kerana sekretaria­t akan dibina di pekan ini,” katanya.

Madius yang juga pemangku Presiden Upko turut gembira dengan kelulusan Ketua Menteri untuk melantik semula ketua daerah untuk Kiulu yang telah lama dikosongka­n.

“Kami mempunyai ketua daerah di Tuaran tetapi adat dan tradisi antara kaum Lotud (Tuaran) dan Kiulu sangat berbeza, oleh itu kami benarbenar memerlukan ketua daerah yang berasingan untuk Kiulu,” katanya.

Beliau berkata penyampaia­n geran tanah kepada lebih 1,000 orang di empat kampung di KiuluolehM­usajugamer­upakan sejarah kerana mengakhiri penantian penduduk selama 30 tahun untuk mendapatka­n geran bagi tanah mereka.

Dengan bantuan dan sokongan daripada Kerajaan Negeri dan Persekutua­n untuk inisiatif yang dipanggil Program Pengukuran Geran Tanah Tempatan atau Pantas, beliau berkata lebih banyak tanah akan dikaji dan Jabatan Tanah dan Ukur akan mengeluark­an geran.

“Saya sentiasa membayangk­an bahawa Kiulu boleh menjadi antara pintu masuk eko-pelanconga­n ke negeri ini. DATUK SERI WILFRED MADIUS TANGAU Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi

 ??  ?? MUSA diiringi oleh Madius, Joniston, Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Seri Hajiji Noor dan mantan Adun Kiulu, Datuk Louis Rampas, melawat pasar di Kiulu semasa lawatan mesra di pekan itu pada Selasa.
MUSA diiringi oleh Madius, Joniston, Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Seri Hajiji Noor dan mantan Adun Kiulu, Datuk Louis Rampas, melawat pasar di Kiulu semasa lawatan mesra di pekan itu pada Selasa.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia