Utusan Borneo (Sabah)

Tiga warga asing dipenjara, miliki kad IMM13 palsu

Kesalahan memiliki kad IMM13 palsu

- Oleh CLARICE USOP

KOTA KINABALU: Dua wanita dan seorang lelaki warga asing dikenakan penjara lapan bulan oleh Mahkamah Sesyen di sini pada Khamis, setelah mengaku bersalah memiliki kad IMM13 palsu.

Hakim Azreena Aziz menjatuhka­n hukuman itu terhadap Hanadie Asmanil, 22, Rowana Jajhim, 21, dan Azuan Talip, 23, yang disabitkan mengikut Seksyen 56 (1) (I) Akta Imigresen 1959/63.

Hukuman yang diperuntuk­kan, denda maksimum RM10,000 atau penjara selama tempoh lima tahun.

Mereka didapati menggunaka­n kad IMM13 berkenaan, pada 5 Februari jam 6.30 petang di Lapangan Terbang Antarabang­sa Kota Kinabalu (LTAKK), di sini.

Sementara itu, seorang lagi wanita warga asing yang mendakwa berkahwin dengan seorang lelaki warganegar­a dikenakan penjara enam bulan, kerana tinggal lebih masa di negara ini.

Lia Baila, 47, dijatuhkan hukuman itu setelah mengaku bersalah atas pertuduhan mengikut Seksyen 15 (1) (c) akta sama.

Pegawai Pendakwa Insp Albert Basirin memberitah­u mahkamah, pasport tertuduh tamat tempoh sejak 7 April 2014.

Semasa rayuan, tertuduh yang tidak diwakili peguam menyatakan suaminya berasal dari Sarawak.

Bagaimanap­un Azreena menjelaska­n, adalah menjadi kesalahan apabila tertuduh tidak memperbaha­rui pasportnya.

Mahkamah memerintah­kan semua tertuduh dirujuk ke Jabatan Imigresen setelah tamat tempoh penjara, untuk tindakan selanjutny­a.

“Mereka didapati menggunaka­n kad IMM13 berkenaan, pada 5 Februari jam 6.30 petang di Lapangan Terbang Antarabang­sa Kota Kinabalu (LTAKK), di sini. ”

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia