Utusan Borneo (Sabah)

Pasangan pendidik jadi usahawan lada berjaya

Inspirasi pelajar agar terus berusaha, tidak mudah kalah dengan tekanan

-

PEPATAH Melayu menyebut ‘Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih,’ sesuai menunjukka­n usaha gigih suami isteri bergelar guru di Sekolah Menengah Kebangsaan Tenom yang juga usahawan tani berjaya.

Bergelar usahawan tani tidak bererti tugas sebagai guru dianggap tidak penting, bahkan tugas berkenaan merupakan satu tanggungja­wab mendidik anak bangsa untuk lebih menghargai alam yang mampu memberikan hasil lumayan.

Florentus Alex,

45, berkata bekerja sebagai seorang guru memang tidak pernah lari daripada pelbagai cabaran mendidik pelajar yang pelbagai tingkah laku dan kerenah.

“Saya tidak nafikan kesabaran dan kreativiti penting untuk seorang guru membentuk kemahiran, pengetahua­n dan sikap pelajar agar memahami keperluan menguasai ilmu.

“Tetapi semua cabaran itu sebenarnya memberi kelebihan kepada saya dan isteri (Sabini Ansumor, 45) yang juga dari sekolah yang sama untuk meluangkan masa mengusahak­an tanaman lada kami yang turut memberi inspirasi serta semangat untuk dikongsi bersama para pelajar di sekolah itu,” katanya.

PERASAAN INGIN TAHU BUKA JALAN KEJAYAAN

Tiada yang mustahil selagi usaha terus digerakkan, walaupun ada kalanya masa pencabar kesabaran untuk terus berjaya.

Menceritak­an detik permulaan menceburi minat mengusahak­an tanaman lada, Alex menjelaska­n semuanya bermula daripada perasaan ingin tahu selepas dicadangka­n oleh kenalan lamanya, Datuk Henrynus Amin pada hujung Jun 2014.

“Cadangan berkenaan membuat hati dan perasaan tidak pernah berhenti untuk ingin tahu yang akhirnya membawa saya dan isteri mengikuti rombongan ke Sarawak sekitar bulan Julai tahun yang sama,” katanya menceritak­an permulaan mendalami ilmu tanaman lada itu.

Tambahnya, walaupun perjalanan darat yang diikuti terasa perit, namun atas semangat mencari ilmu berkenaan tanaman lada itu, semuanya dirasa mudah dan menggembir­akan.

“Ilmu sudah diperoleh tetapi hendak memulakan masih buntu namun, akhirnya kami diketemuka­n dengan Pejabat Lembaga Lada Malaysia (MPB) yang berpusat di Kota Kinabalu.

“Hasilnya, kami diberi pendedahan asas pengenalan oleh Ketua Pejabat Wilayah Sabah Asmah Morshid terhadap perkembang­an industri lada sekitar bulan September di daerah kecil Kemabong yang dihadiri lebih 700 penduduk sebelum dihantar berkursus ke Sarawak pada November.

KEMARAU HAMPIR LUNTUR SEMANGAT

Sekembali berkursus, projek tanaman lada secara besar-besaran dimulakan, perasaan terharu dan gembira bercampur, harapan mula berputik mekar mengharapk­an panas sampai ke petang tapi hujan di tengah jalan.

Menurut Alex, bencana alam kemarau sekitar tahun 2015 hingga 2016 menyebabka­n banyak tiang sokongan hidup yang baru ditanam telah mati.

“Semangat saya hampir goyang dan mula luntur tetapi alternatif perlu diusahakan dan akhirnya dengan menggunaka­n tiang mati yang masih kukuh, keadaan kembali pulih dan sekarang lebih 2,000 pokok berjaya membuahkan hasil lumayan.

“Terima kasih kepada isteri saya yang tidak pernah jemu memberi sokongan dan dorongan ketika hati hampir lemah dengan ujian, kerana akhirnya kami berjaya mengusahak­an tanaman lada kami seluas satu hektar di Kemabong,” katanya penuh emosi terhadap kejayaan itu.

DILANTIK SEBAGAI PENGERUSI

Melihat kepada usaha gigih berterusan daripada para pengusaha lada di daerah terbabit, MPB menyaranka­n supaya satu jawatankua­sa dibentuk agar hasil tanaman dan juga bantuan dapat disalurkan.

Kata Alex, akhirnya semua pengusaha bersetuju memilih dia sebagai pengerusi penaja dan pada tahun 2017, mereka berjaya menubuhkan Persatuan Pengusaha Lada Sulah Tenom (PLaST).

“Kami terus mengorak langkah ke hadapan dengan mengadakan pelbagai kursus bersama MPB manakala kebun di Kampung Kalamatoi, Kemabong saya jadikan Pusat Kursus dan Latihan untuk peringkat daerah.

“Berkat kerjasama erat MPB dan PLaST, bilangan penanam lada aktif di daerah Tenom meningkat kepada lebih 20 orang.

“Kami turut menyasarka­n seramai 12 pengusaha aktif yang baru diiktiraf untuk mendapat bantuan MPB tahun ini,”katanya.

Alex kini turut mempunyai tiga pekerja bagi membantu mengendali­kan ladangnya yang telah berjaya meraih hasil purata RM4,000 sebulan.

POTENSI PASARAN LADA TERUS MENINGKAT

Ketika di peringkat awal tanamannya membuahkan hasil, Alex menjualnya secara kecil-kecilan di pasar-pasar tamu setiap Rabu dan Ahad selain menghantar tempahan ke kedai-kedai dan kepada orang perseorang­an yang ingin menjadi pengedar kepada hasil tanamannya.

Jelasnya, pengusaha sememangny­a bertuah bernaung di bawah MPB kerana sentiasa dibantu bermula daripada penyediaan benih, mengendali­kan mesin pemprosesa­n hinggalah melakukan pemasaran.

“Impak daripada bimbingan ini, saya berjaya menghasilk­an resepi produk baharu yang pertama di negeri ini berasaskan lada dan limau purut.

“Hasil penyelidik­an berterusan saya turut berjaya menghasilk­an beberapa produk lagi yang berasaskan lada hitam dan putih serta memasarkan­nya secara paket dan botol atas nama jenama ‘Fresh’.

“Kini, selain berjaya menghasilk­an produkprod­uk berasaskan lada, kami juga berperanan sebagai pembekal benih kepada penanam lada baharu,” katanya.

Sementara itu, Sabini berkata melihat kepada rentetan peristiwa kejayaan mereka, dia sebenarnya tidak percaya bahawa mereka mampu sampai hingga ke tahap itu.

Tambahnya, berkat sabar, berusaha, jatuh dan bangun akhirnya mereka mampu berkongsi pengalaman bersama pelajar untuk tidak mudah mengalah dengan tekanan tetapi terus berusaha kerana di penghujung perjuangan pasti akan ada kejayaan menanti.

Sabini dan Alex berkongsi kejayaan mereka ketika menyertai pameran Fiesta Koko dan Lada @Lahad Datu anjuran Kementeria­n Perusahaan Perladanga­n dan Komoditi Malaysia yang berlangsun­g di Dewan Tun Mustapha Lahad Datu pada Rabu.

 ??  ??
 ??  ?? SABINIketi­kamelakuka­nrutinhari­an memeriksa tanaman ladanya. (Gambar kiri) HASIL tanaman kebanggaan Alex dan isteri.
SABINIketi­kamelakuka­nrutinhari­an memeriksa tanaman ladanya. (Gambar kiri) HASIL tanaman kebanggaan Alex dan isteri.
 ??  ?? ALEX ketika mengikuti pameran Fiesta Koko dan Lada di Lahad Datu.
ALEX ketika mengikuti pameran Fiesta Koko dan Lada di Lahad Datu.
 ??  ??
 ??  ?? ALEX (kiri) dan isteri menunjukka­n produk hasil lada yang dihasilkan­nya bersama Pegawai Lembaga Lada Cawangan Sabah, Rahema.
ALEX (kiri) dan isteri menunjukka­n produk hasil lada yang dihasilkan­nya bersama Pegawai Lembaga Lada Cawangan Sabah, Rahema.
 ??  ?? ALEX dan isterinya bangga dengan hasil tanaman lada yang diusahakan mereka.
ALEX dan isterinya bangga dengan hasil tanaman lada yang diusahakan mereka.
 ??  ?? ALEX bersama ahli keluargany­a menunjukka­n hasil tanaman lada mereka.
ALEX bersama ahli keluargany­a menunjukka­n hasil tanaman lada mereka.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia