Utusan Borneo (Sabah)

SPR SABAH SIAP SIAGA

Merangkumi kemudahan logistik, taklimat hadapi PRU14

- Oleh SITI AISYAH NARUDIN

KOTA KINABALU: Suruhanjay­a Pilihan Raya (SPR) Negeri Sabah siap siaga untuk menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

Penolong Pengarah Pilihan Raya Negeri Sabah Mohd Yeozree Izwan Jemil berkata, dari segi persiapan peralatan dan logistik termasuk pengangkut­an semuanya disediakan mengikut jadual.

“Boleh dikatakan sekarang ini semua persiapan kita tiada masalah hanya tinggal taklimat dan persiapan akhir sahaja.

“Taklimat yang melibatkan semua pegawai dan petugas SPR juga sudah selesai sejak ia mula dijalankan pada Mac 2017,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas Taklimat Media Bagi Persiapan PRU-14 Negeri Sabah dan Wilayah Persekutua­n Labuan di sini pada Khamis.

Menurutnya, jumlah terkini pengundi di Sabah selepas diwartakan pada suku keempat 2017 adalah seramai 1,119,009 orang.

Yeozree berkata, jumlah berkenaan bertambah berbanding jumlah yang diwartakan pada PRU13 iaitu seramai 998,844 pengundi.

“Pertambaha­n berlaku setiap suku tahun dan isu timbul bila berlaku kematian yang tidak dilaporkan kepada Jabatan Pendaftara­n Negara (JPN).

“Proses pendaftara­n pengundi berjalan sepanjang tahun dan ia diwartakan setiap tiga bulan.

“Selepas tutup sukuan, kita akan buat pameran. Sekiranya sepanjang tempoh pameran tiada bantahan, kita akan maklumkan kepada ibu pejabat untuk diwartakan,” jelasnya.

Beliau berkata, lebih 20,000 petugas SPR ditempatka­n di seluruh negeri untuk PRU14.

Katanya, jika berlaku pertambaha­n kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN), jumlah penolong pegawai pengurus pilihan raya (ARO) sahaja yang akan bertambah.

 ??  ?? YEOZREE (dua kanan) sempat berbual dengan beberapa wakil media yang menghadiri taklimat itu. Turut kelihatan, Ketua Pengarang Utusan Borneo Lichong Angkui (kanan).
YEOZREE (dua kanan) sempat berbual dengan beberapa wakil media yang menghadiri taklimat itu. Turut kelihatan, Ketua Pengarang Utusan Borneo Lichong Angkui (kanan).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia