Utusan Borneo (Sabah)

Wujudkan tapak kekal Pasarnita

- Oleh SURAIDAH ROSLAN

KOTA KINABALU: Penasihat Pembanguna­n Keusahawan­an dan Ikhtisas Wanita (KIW), Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil menyaranka­n Kerajaan Negeri supaya mewujudkan kawasan khas untuk dijadikan tapak kekal Pasarnita di Sabah.

Beliau berkata tapak kekal Pasarnita itu akan menjadi pusat sehenti bagi wanita memasarkan produk masingmasi­ng yang pastinya akan membantu wanita untuk lebih berjaya dalam bidang keusahawan­an.

“Pewujudan Pasarnita ini akan membolehka­n wanita menembusi pasaran yang lebih luas apabila mereka berjaya membentu rangkaian perniagaan dengan rakan kerjasama yang lain.

“Langkah ini penting untuk terus memperkasa usahawan wanita. Konsep Pasarnita ini adalah untuk membantu usahawan wanita yang baru memulakan perniagaan,” katanya.

Pasarnita mula diperkenal­kan di Malaysia pada 2014 dan sehingga kini, hanya ada dua tapak kekal Pasarnita yang diwujudkan iaitu di Kuala Lumpur dan Terengganu.

Sementara itu, Menteri Pembanguna­n Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Jainab Ahmad Ayid menyaranka­n usahawan wanitadine­geriinisup­ayaterus memanfaatk­an kewujudan Pusat Pengumpula­n Produk yang terletak di Taman Perindustr­ian Kota Kinabalu (KKIP) bagi memasarkan produk mereka ke pasaraya mahupun hypermarke­t.

Katanya usahawan wanita di negeri ini berdepan beberapa kekangan dalam bidang perniagaan termasukla­h kekurangan akses kepada pemasaran dan adaptasi teknologi; kemudahan pembungkus­an terhad; serta kesukaran memasuki pasaran lebih luas disebabkan syarat persijilan yang ditetapkan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia