Utusan Borneo (Sabah)

Rahman tidak mahu buat kesimpulan awal

- Oleh SADDAM EDRIS

KOTA KINABALU: Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Panglima Abdul Rahman Dahlan menegaskan bahawa beliau tidak akan membuat kesimpulan awal sama ada bertanding di kawasan Sepanggar pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

Ia kerana, pengalaman sebagai Ahli Parlimen Kota Belud selama dua dekad tidak pernah merubah hatinya untuk meninggalk­an kawasan itu dan beralih ke Sepanggar.

“Saya amat menyukai Kota Belud. Seperti yang anda semua ketahui, saya sudah menjadi Ahli Parlimen di sana sejak 2008 lagi...ia sentiasa dekat di hati saya.

“Lagipun, saya mempunyai ramai ahli keluarga tinggal di sana dan saya sudah banyak melakukan pelbagai perubahan sepanjang 10 tahun lalu,” katanya ketika ditemui pada Pesta Ang Pow sempena sambutan Tahun Baharu Cina di SJK(C) Good Shepherd Manggatal, di sini pada Khamis.

Rahman yang juga Ahli Parlimen Kota Belud berkata, antara pembanguna­n yang kini giat dilaksana di Kota Belud termasuk terpilih sebagai laluan Lebuhraya Pan Borneo dan pelbagai kemudahan lain.

Selain itu katanya, rakyat di Kota Belud juga kini menikmati pelbagai pembanguna­n seperti Projek Perumahan Rakyat sebanyak 1,000 unit, pembinaan Bazar Rakyat yang baharu serta pembinaan bangunan Politeknik Kota Belud yang dijangka akan dirasmikan oleh Perdana Menteri dalam masa dua minggu ini.

Ditanya mengenai pelancaran Petroleum Sarawak Berhad (Petros) oleh syarikat petroleum Sarawak barubaru ini, beliau menyifatka­nnya sebagai satu usaha konsisten Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak memenuhi hasrat rakyat di sana.

Katanya, ia juga sebagai salah satu tanda penghormat­an kerajaan terhadap hak-hak rakyat Sabah dan Sarawak seperti yang termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

Meskipun begitu katanya, proses itu perlu mengambil sedikit masa untuk dilaksanak­an seperti mana yang dilakukan oleh Brexit barubaru ini di United Kingdom, yang perlu mengambil kira pelbagai aspek melibatkan akta tertentu.

 ??  ?? RAHMAN (tiga kanan) bersama tetamu kehormat lain menyempurn­akan perasmian Pesta Ang Pow di SJK(C) Good Shepherd Manggatal.
RAHMAN (tiga kanan) bersama tetamu kehormat lain menyempurn­akan perasmian Pesta Ang Pow di SJK(C) Good Shepherd Manggatal.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia