Utusan Borneo (Sabah)

Sembunyi motosikal curi dalam bilik tidur

- Oleh VIVI OLVIANA NAJURUS

LABUAN: Dua pencuri gagal mengaburi polis apabila helah mereka menyembuny­ikan motosikal curi dalam bilik tidur berjaya dikesan sepasukan anggota polis di sini.

Ketua Polis Daerah Labuan Superinten­dan Muhamad Farid Ahmad berkata keduadua suspek ditahan dalam satu serbuan di sebuah rumah di Jalan Tanjung Aru, di sini.

“Kita menerima laporan polis daripada mangsa mendakwa motosikal jenis Modenas Kriss diletakkan di hadapan surau Kampung Patau-Patau 2 hilang pada jam 10.24 malam Jumaat.

“Motosikal mangsa diletakkan dalam keadaan berkunci bagaimanap­un tidak menggunaka­n kunci tambahan,” katanya.

Bertindak daripada maklumat itu, beliau berkata pada jam 2.43 petang dua suspek lelaki yang dipercayai terbabit dalam kes ini berjaya ditahan.

“Ketika serbuan, polis turut menemukan sebuah motosikal yang tidak mempunyai nombor pendaftara­n disembunyi­kan dalam bilik tidur suspek.

“Hasil semakan melalui sistem mendapati motosikal terbabit dilaporkan hilang di kawasan Rancha-Rancha dan rekod kesalahan keduadua suspek juga mendapati pernah ditangkap mengikut Seksyen 12(2) dan 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya.

Sementara itu, dalam kejadian berasingan seorang penagih ditahan sepasukan polis bersama syabu seberat 51.18 gram di kawsaan industri Hab Halal Kampung Kiansam, di sini, petang Selasa.

Farid berkata dadah berkenaan ditemukan di dalam poket hadapan seluar suspek yang berumur 20 tahun dan tidak mempunyai pekerjaan terbabit.

“Suspek ditahan reman selama tujuh hari sehingga Selasa dan kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya.

 ??  ?? FARID bersama pegawainya meneliti motosikal yang dirampas kembali daripada suspek.
FARID bersama pegawainya meneliti motosikal yang dirampas kembali daripada suspek.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia