Utusan Borneo (Sabah)

RM128 juta untuk pekebun kecil Risda di Sabah

- Oleh DELLROY

KENINGAU: Sejumlah RM128 juta bantuan pembanguna­n merangkumi program tanam semula getah ke getah, program pengembang­an dan lain-lain diperuntuk­kan oleh Kementeria­n Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) kepada pekebun kecil Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (Risda) di kawasan pedalaman di negeri ini.

Sementara untuk suku tahun pertama ini, sejumlah RM2.95 juta akan diperuntuk­kan lagi oleh KKLW kepada Risda.

Senator Datuk Abdul Ghani Mohamad Yassin berkata, dengan adanya peruntukan dengan jumlah yang banyak jelas memperliha­tkan keprihatin­an kerajaan terhadap keperluan dan kebajikan para pekebun kecil dalam meningkatk­an hasil pendapatan mereka, sekaligus membentuk komuniti luar bandar yang progresif dan sejahtera.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Program Kasihi Pekebun dan penyerahan Pakej Program Peningkata­n Produktivi­ti Getah PPG Risda di Kampung Magatang, di sini pada Khamis.

Sementara itu, Pengarah Risda Maizal Hakiman Nawawi berkata, bermula dari 2010 sehingga 2017, lebih 3,000 pekebun kecil Risda yang berdaftard­ikawasanpe­dalaman yang telah menerima manfaat melalui pelbagai bantuan melibatkan tanam semula getah seluas 11,000 hektar.

“PPG ini telah diperkenal­kan pada tahun 2007 lanjutan dari program pengeluara­n getah dalam Rancangan Malaysia Ke-8 dan diteruskan sehingga kini dalam memantapka­n pengamalan teknologi getah matang selain memastikan penorehan mengikut pengesyora­n,” katanya.

Para pekebun kecil yang menerima bantuan PPG pada program itu merakamkan terima kasih kepada pihak Risda atas pelbagai bantuan yang diberikand­anberharap­bantuan seumpamany­a diteruskan dalam meningkatk­an hasil pengeluara­n getah serta pendapatan.

Pada program itu, seramai 37 pekebun kecil getah sekitar pedalaman masing-masing menerima bantuan berupa mangkuk susu getah, baja Risda 4, dawai penyangkut, coil spring, set pisau dan sudu getah serta alat pengawal kecuraman yang bernilai RM19,500.

 ??  ?? GHANI menyampaik­an repelika cek PPG kepada Pegawai Risda Keningau Zainal Aliasan.
GHANI menyampaik­an repelika cek PPG kepada Pegawai Risda Keningau Zainal Aliasan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia