Utusan Borneo (Sabah)

Musbah puas hati persiapan PDM Kadamaian

-

KOTA BELUD: Pengarah Pilihan Raya Barisan Nasional bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kadamaian dan Tempasuk Datuk Musbah Haji Jamli berpuas hati dengan persiapan yang telah dilakukan oleh semua Pusat Daerah Mengundi (PDM) di Kadamaian.

Beliau yang juga Pembantu Menteri Pertanian dan Industri Makanan merangkap Adun Tempasuk menggesa semua PDM di DUN berkenaan supaya memantapka­n lagi pengurusan dan perkhidmat­an serta sentiasa menyalurka­n segala maklumat terkini kepada pusat gerakan Pengarah Pilihan Raya Kota Belud dari semasa ke semasa.

Beliau juga meminta kepada semua komponen Barisan Nasional (BN) agar memberikan sokongan yang tidak berbelah bahagi kepada calon BN pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

“Pemilihan semua calon Barisan Nasional bagi menghadapi PRU14 adalah amat teliti dalam sejarah perjalanan PRU bagi memastikan mereka dapat membantu membawa kemenangan, sekali gus mengekalka­n kuasa pemerintah­an,” katanya.

Beliau yang juga Timbalan Pengarah Pilihan Raya Kota Belud berkata demikian selepas menyempurn­akan lawatan kerjanya di 16 PDM di Kadamaian yang bermula dari Kiau pada jam 7.30 pagi dan berakhir pada jam 9 malam di Tambulion, di sini pada Rabu.

PDM Kadamaian merangkumi Kiau, Kaung, Kebayau, Melangkap, Narinang, Taginambur, Tamu Darat, Gaur, Piasau dan Tambulion, Kelawat, Kinasaraba­n, Lasau, Tengkurus, Nahaba dan Sayap.

Difahamkan, seramai 17,720 orang layak mengundi di DUN Kadamaian pada PRU14.

Musbah berkata, semua pihak perlu akur dengan penelitian pemilihan calon BN kali ini setelah pucuk kepimpinan parti mengambil kira semua pertimbang­an.

“Perjuangan daripada ikrar adalah lebih penting agar kita sedar siapa saja yang dicalonkan akan bekerja bersungguh­sungguh untuk memenangka­n parti,” katanya.

Beliau teruja dengan sambutan yang disifatkan­nya luar biasa dalam menjayakan program pelancaran jentera BN Kadamaian semasa lawatan kerjanya itu, yang mana perlu dijadikan contoh oleh peringkat bahagian dan DUN di seluruh Kota Belud.

Turut bersama beliau ialah para pemimpin komponen BN yang terdiri daripada Ketua Bahagian Upko Kota Belud Ewon Benedick, Ketua Bahagian PBS Kadamaian Demis Rumanti dan Ketua Pemuda PBRS Risin Sikin.

 ??  ?? MUSBAH (tengah), Ewon (dua kiri) dan Demis (dua kanan) bersama jawatankua­sa PDM Piasau.
MUSBAH (tengah), Ewon (dua kiri) dan Demis (dua kanan) bersama jawatankua­sa PDM Piasau.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia