Utusan Borneo (Sabah)

Bekas banduan ditahan kurang empat jam selepas pecah masuk pejabat

- Oleh VIVI OLVIANA NAJURUS

KOTA KINABALU: Seorang banduan berjaya ditahan dalam tempoh kurang dari empat jam selepas memecah masuk sebuah pejabat di Jalan Universiti Malaysia Sabah (UMS), di sini, awal pagi Rabu.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Asisten Komisioner M Chandra berkata suspek berjaya ditahan di Wisma Budaya pada jam 1,01 petang Rabu di sini, sebaik anggota polis melakukan siasatan serta gerakan mengesan suspek.

“Maklumat awal kejadian diterima daripada seorang kakitangan kerajaan berumur 59 tahun yang membuat laporan polis mendakwa pejabat berkenaan dipecah masuk sebaik membuka ruangan pejabat kira-kira jam 6.45 pagi.

“Mangsa mendakwa kejadian membabitka­n kerugian sehingga RM560 yang turut melibatkan telefon bimbit dan wang tunai RM60 yang dilarikan suspek,” katanya.

Menurutnya semasa penahanan suspek pihaknya turut merampas beg silang, dua telefon bimbit, dompet serta kad pengenalan diri Kompleks Pentadbira­n Kerajaan Persekutua­n Sabah yang memaparkan nama suspek.

“Hasil semakan lanjut mendapati suspek pernah ditangkap sebanyak tujuh kali mengikut beberapa kesalahan termasuk tiga kes Seksyen 379 Kanun Keseksaan, tiga kes Seksyen 457 Kanun Keseksaand­an satu kes mengikut Seksyen 4B (a) Akta Rumah Judi Terbuka 1953.

“Suspek bagaimanap­un mengaku menjalanka­n jenayah secara bersendiri­an tanpa penglibata­n pihak lain,” katanya sambil menambah, hasil ujian air kencing terhadap suspek adalah negatif.

Chandra berkata suspek kini direman dan kes disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan.-

 ??  ?? ANTARA barangan yang dirampas semasa penahanan
suspek.
ANTARA barangan yang dirampas semasa penahanan suspek.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia