Utusan Borneo (Sabah)

Dua anggota polis didakwa rompak dua buruh Bangladesh

-

KUALA LUMPUR: Dua anggota polis mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, Khamis atas pertuduhan melakukan rompak berkumpula­n terhadap dua buruh binaan warganegar­a Bangladesh pada November tahun lepas.

Konstabel Abdul Nasir Abdul Mukil, 26, dan Lans Koperal Mohd Faisal Yahya, 29, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Mohd Ghazali Mohamad Taib.

Kedua-dua lelaki itu didakwa bersama-sama melakukan rompak berkumpula­n terhadap Moshiar Rahman,42, dan Alam ,37, dengan niat bersama melarikan wang tunai RM8,000 dan dua telefon bimbit yang keseluruha­nnya berjumlah RM8,500.

Mereka dituduh melakukan kesalahan itu di jejantas pejalan kaki Stesen LRT Pasar Seni di sini pada 6.50 petang, 14 Nov tahun lepas mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum di bawah seksyen sama yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan juga dikenakan sebat, jika sabit kesalahan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Nurakmal Farhan Aziz menawarkan jaminan RM10,000 terhadap setiap tertuduh manakala dua tertuduh itu yang diwakili peguam P.Suthes memohon jaminan rendah kira-kira RM4,000 dengan alasan mereka penanggung tunggal keluarga.

Mahkamah membenarka­n dua tertuduh itu masing-masing diikat jamin RM8,000 dengan seorang penjamin serta perlu melapor diri di balai polis berhampira­n seminggu sekali.

Beliau menetapkan 23 Mac untuk sebutan semula kes.Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia