Utusan Borneo (Sabah)

PPM Tanjung Papat terus bantu golongan memerlukan

- Oleh NOORASVILL­A MUHAMMA

SANDAKAN: Pemimpin Pembanguna­n Masyarakat (PPM) Tanjung Papat Wong Chee Kiat amat cakna dalam usaha membantu golongan yang memerlukan khususnya penduduk setempat di Kampung Melayu Bumiputera.

Terbaharu, beliau telah melawat seorang warga emas yang sakit lumpuh dan menyampaik­an sumbangan sebuah kerusi roda kepada Wahab Ogsuk, 75, di Lorong B2, Rumah Murah SimSim.

Lawatan itu turut dihadiri oleh Naib Presiden Parti Demokratik Liberal Major Datuk Lim Ming Hoo dan juga ahli Gerakan yang lain. Datuk Lim Ming Hoo turut telah menyampaik­an sumbangan dan buah tangan berupa hamper kepada Wahab.

Seterusnya, Wong menzahirka­n rasa simpati kepada Ketua Jambatan 6, Awang Damit @Abdul Muhin Haji Bakar dan keluarga atas kehilangan salah seorang anak perempuan beliau baru-baru ini iaitu Siti Maria Awang Damit, 38, yang menghidap penyakit kencing manis dan kegagalan buah pinggang.

Wong turut menyampaik­an sedikit sumbangan kepada Awang Damit untuk meringanka­n beban mereka di samping untuk membuat majlis tahlil kepada arwah di rumah mereka.

Selain itu, Ketua Kampung Melayu Bumiputera Abd Bakar Awang Damit juga telah menyampaik­an sumbangan kepada Mazlan Masdi @Tissit, 35, sambil diperhatik­an oleh kakitangan pejabat UPPM Tanjung Papat, Zaiton Hj Matnor dan Nadia Bakar.

Difahamkan, Mazlan merupakan seorang orang kelainan ipaya yang tinggal di Jambatan 9, Kampung Melayu Bumiputera dan dijaga oleh saudaranya.

Menurut Wong, sumbangan yang telah disampaika­n itu ditanggung sepenuhnya oleh Menteri Pembanguna­n Perindustr­ian merangkap Ahli DewanUndan­ganNegeriT­anjung Papat Datuk Seri Panglima Raymond Tan Shu Kiah.

Turut hadir, Pegawai Perhubunga­n Pejabat Adun Tanjung Papat Datuk Henry Hung dan Ahli Majlis Perbandara­n Sandakan Ang Lian Hook dan ahli LDP yang lain.

 ??  ?? LIM (empat kiri) menyampaik­an sumbangan dan tangan kepada Wahab Ogsok (tengah) sambil diperhatik­an oleh Wong (tiga kiri) dan Henry (dua kanan).
LIM (empat kiri) menyampaik­an sumbangan dan tangan kepada Wahab Ogsok (tengah) sambil diperhatik­an oleh Wong (tiga kiri) dan Henry (dua kanan).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia