Utusan Borneo (Sabah)

Kunjungan YNJ sentuh hati rakyat: Mijul

-

KUDAT: Kunjungan Yayasan Nur Jauhar (YNJ) ke Pulau Banggi benarbenar menyentuh hati rakyat, kata Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) yang juga Pengerusi Ko-Nelayan Sabah Datuk Mijul Unaini.

“Ini adalah kali pertama rakyat di daerah ini menerima kunjungan isteri Yang Dipertua Negeri Sabah dan akan terukir dalam lakaran sejarah yang tidak akan terpadam.

“Bukan itu saja, buah tangan daripada Yayasan Nur Jauhar juga benar-benar menyentuh hari rakyat di sini. Daripada golongan kanak-kanak kurang upaya sampailah ke murid sekolah, warga emas, ibu tunggal dan golongan asnaf. Kebajikan masjid juga termasuk dalam perhatiann­ya.

“Jadi, sebagai wakil rakyat saya bersyukur dan menjunjung kasih terhadap Yang Amat Berbahagia Toh Puan Hajan Norlidah RM Jasni serta rombongan Istana Negeri,” katanya ketika ditemui pada Majlis Ziarah Kasih YNJ di dewan terbuka Esscom Karakit.

Turut menzahirka­n penghargaa­n, Pengarah Pendidikan Sabah yang juga Pengerusi Persatuan Wanita Jabatan Pendidikan Negeri Sabah (Pewanis) Datuk Maimunah Suhaibul yang berpuas hati dengan kerjasama semua anggota Pewanis Kudat yang terlibat secara langsung dalam program berkenaan.

“Setinggi tahniah serta terima kasih dan syabas kepada Pewqanis Daerah Kudat kerana telah berjaya turut serta menjayakan program ini. Kita komited untuk terus seiring dengan YNJ membantu golongan yang memerlukan,” katanya.

Pada majlis itu, seramai 340 penerima terdiri daripada anak yatim, warga emas, ibu tunggal termasuk 60 penduduk bukan Islam menerima sumbangan berupa wang tunai dan barangan keperluan harian seperti beras, gula, makanan ringan dan sebagainya.

Penyampaia­n sumbangan disempurna­kan oleh Norlidah yang juga penasihat YNJ, diiringi Pengerusi YNJ Mejar Kehormat Al Hambra Tun Juhar, Penolong Pegawai Daerah Ag Syairin Bakar serta Ketua Polis Daerah Kudat Supt Douglas Nyeging Taong.

Turut disampaika­n, lima unit kerusi roda dan sejadah gulung kepada 11 masjid di sekitar daerah itu iaitu Masjid Pekan Banggi, Masjid AlFalah Kg Lok Tohoq, Masjid Kg Batu Layar, Masjid AtTaqwa Kg Limbuak, Masjid Al-Amin Kg Meliyu, Masjid Kg Nusa-Nusa, Masjid Kg Dogoton, Masjid Kg Batu Sirih, Masjid Kg Tigabu, Masjid Kg Siboga dan Masjid Kg Palak.

 ??  ?? AL Hambra (kiri) menyampaik­an sumbangan kepada salah seorang warga emas, dibantu oleh Douglas dan Mijul (dua dari kiri).
AL Hambra (kiri) menyampaik­an sumbangan kepada salah seorang warga emas, dibantu oleh Douglas dan Mijul (dua dari kiri).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia