Utusan Borneo (Sabah)

Jangan `mati katak’ di jalan raya

Muis ingatkan penunggang motosikal patuhi peraturan jalan raya

- Oleh AMIR ANUAR

TAWAU: Bunyinya mungkin keras, namun peringatan ‘jangan mati katak’ menjadi pesanan tegas supaya setiap penunggang motosikal mematuhi peraturan jalan raya khususnya memiliki lesen memandu.

AhliDewanU­ndanganNeg­eri Sebatik Datuk Abdul Muis Picho meluahkan kerisauann­ya terhadap trend kanak-kanak bawah umur yang menunggang motosikal di jalan raya.

“Bukan sahaja kanak-kanak bawah umur, tetapi juga mereka yang tidak mempunyai lesen memandu terdedah kepada istilah ‘mati katak’ jika terlibat dalam kemalangan.

“Tidak ada yang dapat dilakukan untuk mereka sekiranya terbabit dalam kemalangan jalan raya kerana tidak ada lesen memandu dan perlindung­an insurans,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika pertemuan bersama Pengarah Jabatan Pengangkut­an Jalan (JPJ) Sabah sempena program lesen motosikal Satu Komuniti Satu JPJ (SKSJ) di Kg Sg Tongkang, Pulau Sebatik, di sini pada Rabu.

Muis akui begitu bimbang apabila melihat kanakkanak yang baru berusia 12 tahun tetapi sudah berani menunggang motosikal di jalan raya.

“Kita harap pemimpinpe­mimpin masyarakat beritahula­h ibu bapa supaya jangan benarkan anak-anak yang tidak ada lesen memandu menunggang motosikal,” katanya.

Menurutnya,lesenmeman­du perlu ada jika golongan ibu bapa mahumemben­arkananak-anak yang bersekolah menengah menunggang motosikal untuk ke sekolah mereka.

“Justeru, kita mengalualu­kan hasrat JPJ untuk mengadakan programpro­gram kesedaran di sekolahsek­olah sebagaiman­a yang dilakukan hari ini di Sebatik,” katanya.

Bagaimanap­un, beliau

“Bukan sahaja kanak-kanak bawah umur, tetapi juga mereka yang tidak mempunyai lesen memandu, terdedah kepada istilah ‘mati katak’ jika terlibat dalam kemalangan. Tidak ada yang dapat dilakukan untuk mereka sekiranya terbabit dalam kemalangan jalan raya kerana tidak ada lesen memandu dan ” perlindung­an insurans. DATUK ABDUL MUIS PICHO Ahli Dewan Undangan Negeri Sebatik

berharap JPJ dapat mengembang­kan program itu daripada hanya berfokus motosikal kepada kenderaan lain khususnya di kawasan luar bandar.

Muis berkata sekiranya program itu dikembangk­an, sekurang-kurangnya dapat membantu meringanka­n kos yang perlu ditanggung oleh penduduk luar bandar.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia