Utusan Borneo (Sabah)

Inti Deras Motors lancar model baharu Yamaha MT-09

-

KOTA KINABALU: Inti Deras Motors baru-baru ini telah melancarka­n model terbaharu motosikal Yamaha MT-09.

Motosikal jenis ‘naked sports bike’ itu kini didatangka­n dengan kemampuan menukar gear dengan pantas, kawalan tenaga, tiga mod penunggang­an dan suspension yang boleh diubah.

Bagaimanap­un,modelMT-09inimasih­menggunaka­n enjin berkapasit­i 847cc dengan enam transimisi serta tiga silinder yang berupaya menghasilk­an kuasa 115hp pada 10,000rpm dan 87.5Nm pada 8,500rpm. Ciri-ciri terbaharu Yamaha MT-09 termasukla­h:

1. Projektor LED baharu bagi lampu hadapan dan dua lampu LED belakang yang menyerupai unit naked sports bike MT-10.

2. Suspension dinaik taraf yang kini melibatkan ubahsuai mampat dan menganjal pada cabangan berukuran 41mm, manakala bahagian belakang mempunyai keupayaan mono-shock yang boleh diubahsuai.

3. Sistem penukaran gear yang cepat (QSS) dan cengkaman A&S untuk kestabilan.

4. MT-09 mempunyai tangki minyak berkapasit­i 14 liter dan tempat duduk pada ketinggian 820mm. Motosikal ini juga dibina dengan dua cakera brek pada ukurlilit 298mm di bahagian depan dan satu cakera di tayar belakang.

Dengan reka bentuk yang diperkemas­kan ini, tidak dinafikan MT-09 terbaharu ini lebih hebat dengan kecanggiha­n teknologi Hyper Naked.

Model ini didatangka­n dengan dua pilihan warna iaitu Night Fluo dan Tech Black.

Orang ramai boleh mengalami sendiri kehebatan motosikal naked sports bike Yamaha MT-09 ini yang kini dipamerkan di Inti Deras Motors Sdn Bhd Penampang.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? MOTOSIKAL naked sports bike Yamaha MT-09 ini yang kini dipamerkan di Inti Deras Motors Sdn Bhd Penampang.
MOTOSIKAL naked sports bike Yamaha MT-09 ini yang kini dipamerkan di Inti Deras Motors Sdn Bhd Penampang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia