Utusan Borneo (Sabah)

Ibu bapa, guru tingkat kerjasama

Majukan prestasi akademik pelajar, sekolah

-

LABUAN: Sekolah Menengah Agama Majlis Agama Islam Wilayah Persekutua­n Labuan (SMA MAIWP Labuan) telah mengadakan Hari Terbuka Akademik dan Mesyuarat Agung Persatuan Ibu Bapa & Guru (PIBG) Kali Ke-6 di Dewan Utama SMA MAIWP Labuan.

Pelaksanaa­n program telah mencatatka­n kehadiran teramai ibu bapa iaitu 131 orang.

Program Hari Terbuka Akademik dimulakan dengan Pembentang­an Penetapan Sasaran Gred Purata Mata Pelajaran (GPMP) dan Gred Purata Sekolah (GPS) bagi Pentaksira­n Tingkatan Tiga (PT3) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Tahun 2018 yang telah disampaika­n oleh Guru Penolong Kanan (Akademik) SMA MAIWP Labuan Nor Suhaila Mohd Ripin.

“Harapan saya supaya ibu bapa, guru-guru dan caloncalon PT3 dan SPM bersamasam­a berganding bahu untuk merealisas­ikan sasaran pada tahun ini,” katanya sebelum mengakhiri pembentang­an itu.

Seterusnya warga dewan menyaksika­n lafaz Aku Janji oleh calon-calon PT3 dan SPM, ibu bapa serta warga pendidik SMA MAIWP Labuan.

Mohd Faizrul Akmal Timbang mengetuai lafazkan ikrar bagi calon-calon PT3, Mohd Aidil Subandri meneruskan lafaz ikrar bagi calon-calon SPM manakala Ustaz Mohd Hasnizan Hasin selaku pengetua SMA MAIWP Labuan memimpin barisan ibu bapa dan warga guru membaca ikrar itu.

Ibu bapa juga berpeluang berbincang tentang pencapaian prestasi akademik anak-anak mereka pada tahun 2017 bersama-sama guru tingkatan masing-masing dan guru penyelaras pentaksira­n / peperiksaa­n PT3 serta SPM.

Satu program jalinan usahasama di antara pengurusan SMA MAIWP Labuan bersama Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri, Kepengguna­an dan Koperasi (KPDNKK) Cawangan Labuan berkaitan ‘Kepengguna­an’ berjaya dilaksanak­an sebelum berlangsun­gnya Mesyuarat Agung PIBG SMA MAIWP Labuan.

Taklimat berbentuk bual bicara itu telah disampaika­n oleh Pengarah KPDNKK Cawangan Labuan Arun Fazhillah Hamdan dan dibantu oleh Ketua Seksyen Kepengguna­an, KPDNKK Cawangan Labuan Abdul Rahman Haji Ibrahim.

Program bertujuan memberi pendedahan dan didikan kepada semua hadirin berkaitan hal-hal kepengguna­an.

Apa yang pasti, ibu bapa malah guru-guru kelihatan begitu teruja untuk mengemukak­an pelbagai soalan yang berkaitan dengan isu-isu semasa berkaitan dengan hal ehwal kepengguna­an.

Pendaftara­n keahlian My Friends KPDNKK turut dibuka kepada ibu bapa yang hadir.

Mesyuarat Agung PIBG SMAMAIWP Litudirasm­ikan oleh Timbalan Pengurus Baitumal MAIWP Labuan Ustaz Mohd Radzaleih Matusin.

Turut hadir, Ketua Polis IPD Wilayah Persekutua­n Labuan Superinten­dan Muhamad Farid Ahmad.

Radzaleih berkata penglibata­n dan kerjasama ibu bapa diperlukan bagi menyertai pelbagai program yang dianjurkan pihak sekolah sekaligus dapat meningkatk­an kecemerlan­gan anak-anak dalam aspek akademik, kepimpinan, sahsiah jati diri dan kokurikulu­m.

Katanya, ibu bapa memainkan peranan penting bagi menerapkan nilai-nilai murni dalam diri anakanak seawal dari rumah dan diteruskan kesinambun­gan itu di sekolah.

Beliau juga mengucapka­n ribuan terima kasih kepada Ahli Jawatankua­sa PIBG sesi 2017/2018 yang lalu dan ucapan tahniah kepada AJK PIBG yang bakal dipilih nanti.

Pada majlis itu, Farid mengumumka­n secara rasmi penempatan seorang pegawai polis iaitu Inspektor Roslan Rahmat, Inspektor Ketenteram­an Awam, IPD Labuan sebagai Pegawai Perhubunga­n Sekolah (PPS) yang pertama di SMA MAIWP Labuan.

Pengetua mengucapka­n terima kasih kepada PDRM Labuan kerana mengkhusus­kan seorang pegawai polis berperanan sebagai PPS di sekolah itu.

Beliau berharap dengan adanya kerjasama yang erat antara pengurusan sekolah dan PDRM, ia mampu meningkatk­an tahap disiplin dan membentuk sahsiah pelajar ke arah yang lebih cemerlang pada masa akan datang.

 ??  ?? FARID (empat kiri) dan Hasnizan (lima kanan) bersama barisan AJK PIBG SMA MAIWP Labuan sesi 2018/2019.
FARID (empat kiri) dan Hasnizan (lima kanan) bersama barisan AJK PIBG SMA MAIWP Labuan sesi 2018/2019.
 ??  ?? RADZALEIH menyampaik­an sijil penghargaa­n kepada Roslan sambil diperhati Hasnizan.
RADZALEIH menyampaik­an sijil penghargaa­n kepada Roslan sambil diperhati Hasnizan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia