Utusan Borneo (Sabah)

Dua alumni UMS jayakan Program Mentor Akademik FPP

-

KOTA KINABALU: Dua alumni Universiti Malaysia Sabah (UMS) mengadakan perkongsia­n pengalaman untuk pelajar Fakulti Psikologi Pendidikan (FPP) UMS dalam Program Mentor Akademik (Academic Mentoring) di kampus itu.

Menurut kenyataan Pusat Alumni UMS, dua alumni berkenaan ialah Penolong KetuaPenga­rah(Kaunseling) Jabatan Kesihatan Negeri Sabah Hairuni Kasuagi (alumni FPP sesi 1999-2002) dan Pengarah Jabatan Belia dan Sukan (Persekutua­n) Negeri Sabah Sabran Abd Bahar (alumni FPP 19982001). Program yang dianjurkan FPP itu bertujuan meningkatk­an pencapaian motivasi dan akademik dalam kalangan pelajar fakulti berkenaan yang dibahagika­n kepada tiga kumpulan sasaran iaitu pelajar yang mendapat Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) di bawah 2.50, PNGK 3.67 ke atas dan pelajar dari kategori pendapatan isi rumah 40 peratus terendah (B40).

Pada program itu, Hairuni dan Sabran masingmasi­ng berkongsi ilmu dan pengalaman semasa bergelar mahasiswa UMS termasuk pencapaian dan cabaran yang dilalui sepanjang mengikuti pengajian, di samping menerapkan kesedaran akan kepentinga­n akademik serta kemahiran insaniah sebagai bekalan untuk kejayaan pada masa hadapan.

Turut mengadakan perkongsia­n ilmu ialah Timbalan Dekan (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) FPP merangkap Penyelaras Program Dr Getrude Cosmas dan Pensyarah Kanan FPP Dr Lailawati Md Edalan melalui slot refleksi diri dan pembinaan sahsiah diri menerusi kecerdasan emosi.

 ??  ?? PELAJAR FPP bergambar kenangan bersama Sabran dan Hairuni.
PELAJAR FPP bergambar kenangan bersama Sabran dan Hairuni.
 ??  ?? SABRAN ketika berkongsi pengalaman kepada para pelajar.
SABRAN ketika berkongsi pengalaman kepada para pelajar.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia