Utusan Borneo (Sabah)

Lebih 400 meriahkan Larian Warna Warni

-

PENAMPANG: Lebih 400 orang telah menyertai dan memeriahka­n acara Larian Warna Warni yang diadakan di Stadium Penampang pada Ahad.

Acara yang dianjurkan oleh Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Tun Fuad (SMKTTF) dan Persatuan Ibubapa dan Guru (PIBG) SMKTTF itu melibatkan larian sejauh 10 kilometer.

Larian seawal jam 6.15 pagi itu bermula di Stadium Penampang menuju ke bulatan Sigah, Jalan Pintas Penampang dan kembali semula ke stadium.

Ia dirasmikan oleh Penyelia Unit Pembanguna­n Kemanusiaa­n Masdi Ahmad Mus dari Pejabat Pendidikan Daerah Kota Kinabalu.

Masdi berkata, “Saya amat menyokong program sihat seperti ini kerana selain dapat menjamin kecergasan fizikal dan kecerdasan minda, aktiviti larian seumpama ini juga dapat membentuk kesimbanga­n emosi dalam menghadapi cabaran arus globalisas­i pada masa kini.”

“Selain itu, ia juga dapat mencegah pelbagai penyakit kronik yang mampu mengekang aktiviti kehidupan seharian, sekaligus memupuk semangat kesukanan dan perpaduan,” katanya dalam ucapan perasmian.

Sementara itu, Pengetua SMKTTF Wanihim Othman mengucapka­n syabas dan tahniah kepada para peserta larian yang berjaya mendapat tempat dan yang telah menghabisk­an larian.

“Objektif program ini diadakan adalah untuk melahirkan warga SMKTTF yang sihat dan mencari dana untuk menjayakan pelbagai program sekolah yang dirancang,” katanya.

Katanya, larian itu akan mampu mencungkil bakat serta potensi pelajar dalam bidang sukan.

Difahamkan bahawa persediaan acara julung kali ini telahpun dibuat sejak bulan Jun tahun lepas.

Walaupun pertama kali diadakan, jangkaan sasaran penyertaan pihak penganjur iaitu seramai 400 orang adalah jauh meleset. Ia kerana, cetakan baju T tidak mencukupi untuk menampung peserta yang mendaftar pada minit terakhir hari larian.

Sambutan baik datangnya daripada peserta tempatan sejauh Ranau dan juga peserta antarabang­sa sekaligus menjadikan acara itu lebih menonjol.

Objektif larian adalah mengumpul dana bagi tabung PIBGSMKTTF,mengumpul dana bagi menaiktara­f dewan terbuka SMKTTF serta kegunaan penyelengg­araan van PIBG.

Turut hadir ialah Yang Dipertua PIBG SMKTTF Noorjani Sulaiman dan para jemputan khas yang lain.

 ??  ?? PARA peserta dilepaskan.
PARA peserta dilepaskan.
 ??  ?? LARIAN ini turut disertai oleh nama yang tidak asing iaitu Fabian @Osmond Daimon (berdiri, tengah) yang mendapat tempat pertama, Sapirin Sumping (berdiri, kiri) di tempat kedua dan Safrey Sumping di tempat ketiga.
LARIAN ini turut disertai oleh nama yang tidak asing iaitu Fabian @Osmond Daimon (berdiri, tengah) yang mendapat tempat pertama, Sapirin Sumping (berdiri, kiri) di tempat kedua dan Safrey Sumping di tempat ketiga.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia