Utusan Borneo (Sabah)

JBS Labuan anjur Liga Sukan Untuk Semua 17 Mac

-

LABUAN:JabatanBel­iadan Sukan (JBS) Labuan akan menganjurk­an Liga Sukan Untuk Semua (LISUS) 2018 peringkat Wilayah Persekutua­n Labuan pada 17 Mac hingga 1 April.

Pengarah JBS Labuan Mohd Hazan Dahari (gambar) berkata, program tahunan itu akan menampilka­n empat acara sukan iaitu bola sepak 9 sebelah, futsal lelaki dan wanita, bola jaring dan sepak takraw.

Katanya, empat acara tersebut juga akan mewakili Labuan ke peringkat kebangsaan yang dijadual diadakan pada April depan.

Beliau berkata, lima acara tambahan turut diadakan di peringkat Labuan sahaja iaitu ping pong berpasukan, bola tampar pantai, hoki 7 sebelah, bola keranjang 3 on 3 dan badminton berpasukan yang juga akan bermula bulan ini hingga Mei depan.

“Kita akan memilih pemain terbaik bagi empat acara tersebut untuk mewakili Labuan ke peringkat kebangsaan,”katanya.

Tambahnya, hadiah wang tunai sebanyak RM2,000 menanti juara acara bola sepak 9 sebelah dan futsal lelaki, naib juara RM1,500 manakala tempat ketiga dan keempat bakal menerima RM1,000 serta medal.

Juara bola jaring akan menerima RM1,500, kedua RM1,000, ketiga dan keempat RM500.

Acara futsal wanita pula menawarkan RM1,000 bagi juara, RM700 naib juara manakala ketiga dan keempat berkongsi RM300.

Sementara juara sepak takraw akan meraih RM700, kedua RM500 manakala RM300 dikongsi pemenang ketiga dan keempat.

Mohd Hazan berkata LISUS itu mendapat kerjasama dan sokongan penganjura­n daripada Persatuan Bola Sepak Labuan, Persatuan Bola Jaring Labuan, Persatuan Sepak Takraw Labuan dan Persatuan Ping Pong Labuan.

Turut menjadi penganjur bersama ialah Persatuan Badminton Labuan, Persatuan Bola Tampar Labuan dan Kelab Hoki Labuan.

Pasukan yang berminat untuk menyertai LISUS boleh mendapatka­n maklumat lanjut daripada JBS Labuan menerusi telefon 087-415344 pada waktu pejabat.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia