Utusan Borneo (Sabah)

Sabah lakar sejarah tersendiri

Pertanding­an Catur Terbuka Sarawak Peringkat Antarabang­sa

-

KOTA KINABALU: Seramai 13 orang peserta dari Sabah menyertai Pertanding­an Catur Terbuka Sarawak Peringkat Antarabang­sa sempena Sambutan 150 Tahun DUN Sarawak bertempat di Dewan Undangan Negeri Kuching, Sarawak.

Pertanding­an ini telah disertai seramai 250 orang peserta termasuk penyertaan daripada luar negara antaranya Indonesia, Nigeria, Sri Lanka dan juga Filipina.

Terdapat beberapa kategori dipertandi­ngkan iaitu Kategori Open, Bawah 17 Lelaki/Perempuan, Bawah 15 Lelaki/Perempuan, Bawah 12 Lelaki/Perempuan, Bawah 10 Lelaki/Perempuan dan Bawah 8 Lelaki/ Perempuan.

Bagi Kategori Open, juara disandang oleh Nelson Villanueva daripada Filipina,manakala peserta daripada Sabah Abdul Sahim Wising mendapat tempat kelima dengan membawa pulang wang tunai sebanyak RM600, medal dan juga sijil.

Manakala seorang lagi di kategori Open iaitu Abdul Wahab Abu Bakar mendapat tempat ke-6 dengan membawa pulang wang tunai sebanyak RM500, medal dan juga sijil.

Beberapa pemain daripada negeri Sabah juga menunjukka­n prestasi yang baik walaupun tidak membawa pulang hadiah kerana rata-rata di bawah ranking 60 daripada 140 orang dalam kategori Open antaranya Rizuan Shah, Mohd Yusop, Akmal Adam dan Charles Lukas.

Bagi kategori Lelaki Bawah 17, pencapaian yang baik ditunjukka­n oleh pelajar dari Sabah antaranya adik Mohd Afzan Hamizan Abdul Rahman mendapat tempat 1st Runner Up, Aliff Azali mendapat tempat ke- 4, adik Shahril Al-Taqwa Jasreh mendapat tempat ke-5 dan adik Datu Mohd Wafi Irfan Datu Mohd Amin tempat ke-8.

Mereka masing-masing menerima wang tunai sebanyak RM450, RM350, RM300 dan RM150 beserta dengan piala, medal dan Sijil.

Bagi kategori Perempuan Bawah 17 Tahun pula adik Vianna Dennia Daniel mendapat tempat ke-2 dengan membawa wang tunai sebanyak RM250, medal dan juga sijil.

Adik Mohd Ammar Muhammad Ammar ArifuddinM.Yusopcemer­lang dengan mendapat tempat 1st Runner Up kategori Bawah 8 Tahun dengan meraih wang tunai sebanyak RM450, piala dan sijil.

Bagi kategori Bawah 10 Tahun, pencapaian yang begitu cemerlang dihasilkan oleh adik Mohd Tirmidzi Abdul Sahim kerana berjaya merangkul juara dengan membawa pulang wang tunai RM500, Piala Champion dan juga sijil penyertaan.

Kenangan manis ini ditambah lagi dengan hadiah cabutan bertuah yang diperoleho­lehadikDat­uMohd Wafi Irfan dengan mendapat cabutan bertuah satu unit Laptop berjenama Asus dan juga Mohd Yusop Abu Bakar mendapat cabutan bertuah telefon pintar berjenama Huawei.

Jumlah keseluruha­n hadiah dianggarka­n RM40,000 dan semua peserta berpuas hati dengan penganjura­n kali ini kerana masing-masing membawa hadiah cenderahat­i berupa Gelas dan Pen sempena 150 tahun DUN Sarawak.

Penyampaia­n hadiah dan cabutan bertuah diadakan bersama jamuan makan malam bersama Speaker DUN Sarawak.

 ??  ?? MOHD Tirmidzi Abdul Sahim juara kategori Bawah 10 Tahun.
MOHD Tirmidzi Abdul Sahim juara kategori Bawah 10 Tahun.
 ??  ?? DARI kiri; Muhammad Ammar 1st Runner Up U8, TirmidziCh­ampion U10 dan Mohd Afzan 1st Runner Up U17.
DARI kiri; Muhammad Ammar 1st Runner Up U8, TirmidziCh­ampion U10 dan Mohd Afzan 1st Runner Up U17.
 ??  ?? BARISAN peserta pasukan Sabah.
BARISAN peserta pasukan Sabah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia