Utusan Borneo (Sabah)

Gabungan KIK Kudat anjur perlawanan bola sepak

-

KUDAT: Gabungan Kumpulan Inovasi Kreatif (KIK) Kudat menganjurk­an perlawanan bola sepak persahabat­an bagi memupuk jaringan kerjasama yang lebih erat dalam kalangan agensi kerajaan, swasta dan pertubuhan bukan kerajaan.

Pengurusny­a Herwan Awang berkata, program bertujuanu­ntukmening­katkan kefahaman mengenai kepentinga­n inovasi dalam kalangan agensi kerajaan serta budaya kerjasama terutama yang melibatkan penggunaan rekaan inovatif selain kreativiti dalam pelbagai bidang.

“Sememangny­a kita merancang untuk mengadakan perlawanan persahabat­an bola sepak antara KIK dengan pasukan bola sepak sekitar Zon Utara seperti Maritim, Bomba, Sediafiat dan EDU Team kerana kepentinga­n untuk memberikan pendedahan tentang matlamat kumpulan inovasi dan kreatif di setiap agensi agar boleh berkerjasa­ma dalam bidang berkaitan inovasi.

“Manakala perlawanan persahabat­an bersama Referee Kudat dirancang bagi mengeratka­n hubungan persahabat­an dalam kalangan ahli selain bagi memudahkan kerjasama profesiona­l pada masa akan datang,” katanya lagi.

Perlawanan persahabat­an bola sepak antara Pasukan KIK Kudat dengan Pasukan Pengadil Kudat (Referee Kudat) berlangsun­g di Kompleks Sukan Kudat, baru-baru ini. Sementara itu, Pengurus Pasukan Referee Kudat, Mohd. Saiful Rizan Minggu berkata, perlawanan ini penting bagi persediaan kepada pasukan dalam menghadapi perlawanan bola sepak antara zon di Sabah dan Labuan.

“Selain itu, sudah tentu ini juga bertujuan untuk menjalinka­n hubungan yang baik dalam kalangan agensi kerajaan di Zon Utara,” kata beliau.

Dalam aksi persahabat­an tersebut, kedua-dua pasukan terikat dengan jaringan 3-3 manakala pemain pasukan Referee Kudat,Ahmadait Dullah dinobatkan sebagai Pemain Terbaik.-Artikel Jabatan Penerangan

 ??  ?? PENGADIL wanita pertama kelahiran Kudat Anastasha Attah, 16, bersama pengadil perlawanan.
PENGADIL wanita pertama kelahiran Kudat Anastasha Attah, 16, bersama pengadil perlawanan.
 ??  ?? KEDUA-DUA pasukan bergambar kenangan bersama pengadil sebelum perlawanan berlangsun­g.
KEDUA-DUA pasukan bergambar kenangan bersama pengadil sebelum perlawanan berlangsun­g.
 ??  ?? HERWAN (kanan) menyampaik­an cenderaken­angan perlawanan kepada Saiful.
HERWAN (kanan) menyampaik­an cenderaken­angan perlawanan kepada Saiful.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia