Utusan Borneo (Sabah)

Liverpool tamatkan penantian sembilan tahun

-

LIVERPOOL, England: Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp menegaskan perlawanan suku akhir Liga Juara-Juara adalah selayak untuk pasukannya selepas menamatkan penantian sembilan tahun untuk melangkah ke suku akhir Selasa lepas.

Walaupun hanya akur dengan keputusan seri tanpa jaringan pada perlawanan kedua pusingan kedua kejohanan di Anfield, Liverpool menang mudah 5-0 secara agregat selepas kemenangan bergaya di Porto tiga minggu lepas.

“Ia berasa sangat bagus,” kata Klopp, yang hanya pada musim penuh kedua sebagai pengurus Liverpool.

“Secara jujurnya tahu ini kami selayaknya di sini (suku akhir), ia bukan satu kejutan besar.

“Pusingan seterusnya adalah sukar, tujuh pasukan lain sangat bagus, mungkin empat daripada mereka dari England, yang menjadikan keadaan lebih sukar.

“Saya fikir kami mempunyai satu peluang untuk melangkah ke separuh akhir. Kami akan mengharung­inya satu persatu dan malam ini ia sangat hebat.”

Dengan tugas sudah dilaksanak­an di Portugal, Klopp dapat memulakan perlawanan dengan penyerang utama, Mohamed Salah dan pemain rekod perpindaha­n kelab, Virgil van Dijk, di bangku simpanan kerana satu perhatian kepada perlawanan penting menentang Manchester United dalam Liga Perdana Inggeris Sabtu ini.

“Sekarang kami boleh membuat persediaan untuk menentang Manchester United. Saya tidak sabar,” tambah Klopp.

Liverpool beraksi memberangs­angkan di Eropah musim ini tetapi mereka kelihatan sukar mencari ruang dengan Klopp melakukan lima pertukaran dari skuad yang menewaskan Newcastle United dalam liga hujung minggu lepas. - AFP

 ??  ?? SALAH (tengah) dikawal ketat oleh dua pemain pertahanan Porto ketika beraksi pada perlawanan di Anfield, Liverpool pada Selasa lepas. — Gambar AFP
SALAH (tengah) dikawal ketat oleh dua pemain pertahanan Porto ketika beraksi pada perlawanan di Anfield, Liverpool pada Selasa lepas. — Gambar AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia