Utusan Borneo (Sabah)

Ka Tung sedia pertahan Terbuka KGC

- Oleh DESMOND QWEK

KOTA KINABALU: Juara bertahan Lee Ka Tung sedia mempertaha­nkan kejuaraan di Kejohanan Golf Amatur KGC Terbuka Ke-31, 2018 yang akan berlangsun­g di Kinabalu Golf Club, Tanjung Aru bermula 23-25 Mac.

Presiden KGC Datuk Abd Razak Walli semasa sidang media di rumah kelab pada Khamis berkata, Kah Tung dari Sibu, Sarawak telah mengesahka­n penyertaan beliau dalam memburu gelaran hatrik di kejohanan dwi tahunan itu selepas kejayaan 2014 dan 2016.

Beliau juga merupakan juara empat kali kejohanan itu selepas muncul selaku juara buat kali pertama dalam tahun 2006 diikuti kejuaraan kedua dalam tahun 2010.

Di tahun 2008, Ka Tung tewas di tangan Nicholas Fung yang kini menjadi pemain profesiona­l ternama negara manakala pada tahun 2012, beliau gagal menyaingi kehebatan Fazley Chua yang muncul selaku juara.

“Kita meletak sasaran untuk menarik penyertaan 112 pemain dan jika penyertaan memberangs­ang, jumlah maksima yang dapat kita terima ialah 120 pemain.

“Setakat ini kita telah menerima penyertaan pemainpema­in handalan termasuk dari Keningau, Kudat dan Sandakan selain dari sekitar ibu negeri serta dari Sarawak, Semenanjun­g Malaysia serta Brunei Darussalam,” jelas Razak.

Dalam pada itu, Kapten Lelaki KGC; Chua Poh Guan berkata, pihak beliau telah melakukan persiapan terbaik dalam usaha mengembali­kan zaman kegemilang­an KGC seperti 20 tahun dahulu.

“Kerja-kerja intensif sedang dilakukan untuk menyediaka­n lapangan golf ini sebagai sebuah medan pertarunga­n yang sempurna dan mengembali­kan kehebatan lapangan ini yang mana suatu ketika dahulu merupakan antara lapangan paling popular di Sabah.

“Kita mahu memetakan semula Terbuka KGC sebagai antara kejohanan utama di bawah kalander Persatuan Golf Sabah (SGA),” tambah beliau.

“Ketika ini, kerja-kerja persediaan lapangan telah mencapai 80 peratus dan baki 20 peratus lagi akan diselesaik­an beberapa hari sebelum hari pertanding­an seperti mengemaska­n persekitar­an `tee-box’ dan `bunker’.

“Untuk tahun ini, para pemain tidak dibenarkan menggunaka­n `buggy’, dan semua yang bertanding perlu berjalan kaki. Oleh itu, mereka yang berniat untuk membawa `caddy’ sendiri diminta untuk mendaftar `caddy’ masingmasi­ng pada KGC seawal yang mungkin,” tambah Poh Guan.

Hadir sama disidang media itu ialah timbalan presiden Edmund J. Doudilim, setiausaha kehormat Harry Beattydanb­endaharike­hormat Puney Kiob, setiausaha golf Kassim Yunus serta ahli majlis tertinggi KGC dan ahli jawatankua­sa penganjur.

 ??  ?? HARRY (depan dari kiri), Kassim, Chua, Edmund, Razak, Puney dan ahli majlis tertinggi KGC dan ahli jawatankua­sa penganjur Kejohanan Golf Amatur KGC Terbuka Ke-31, 2018 semasa sidang media di rumah kelab pada Khamis.
HARRY (depan dari kiri), Kassim, Chua, Edmund, Razak, Puney dan ahli majlis tertinggi KGC dan ahli jawatankua­sa penganjur Kejohanan Golf Amatur KGC Terbuka Ke-31, 2018 semasa sidang media di rumah kelab pada Khamis.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia