Utusan Borneo (Sabah)

SM Saint Anthony juara ping pong

-

LABUAN: Jabatan Pendidikan Labuan telah menganjurk­an Kejohanan Ping Pong peringkat Majlis Sukan Sekolah-sekolah (MSS) Wilayah Persekutua­n Labuan 2018 di Dewan SJK (C) Chi Wen, di sini baru-baru ini.

Pertanding­an tersebut yang melibatkan 10 sekolah menengah dan sekolah rendah diadakan bagi mencari dan mencungkil bakat pelajar dalam bidang sukan ping pong.

Kejohanan ini telah mempertand­ingkan dua kategori iaitu perseorang­an dan beregu yang melibatkan dua kategori iaitu bawah 12 tahun bagi lelaki dan perempuan serta kategori bawah 18 tahun lelaki dan perempuan.

Dalam pertanding­an itu, Sekolah Menengah St. Anthony (SAS) telah dinobatkan sebagai johan keseluruha­n selepas meraih 2 emas, 2 perak dan 1 gangsa.

Naib johan disandang SMK Labuan dan tempat ketiga SMK Mutiara.

Sekolah Menengah St. Anthony diwakili oleh lima orang murid Tingkatan Empat iaitu Jeff Lim, Lester Lim, Abdul Shafiq dan Winnie Lim dari kelas Empat Sirius dan seorang pelajar dari kelas Empat Orion iaitu Gloria Liew.

Dalam kejohanan ini, Jeff Lim dan Lester Lim telah memperoleh­i pingat emas dalam kategori beregu kategori L18 manakala Winnie dan Gloria Liew memperoleh­i pingat perak kategori P18.

Dalam kategori perseorang­an pula, Jeff Lim memperoleh­i pingat emas manakala Lester Lim dan Winnie meraih pingat gangsa.

Menurut jurulatih sukan permainan ping pong SAS Jerry Totih, Pengetua SM St. Anthony Dona Undoh juga sentiasa memberikan galakan, sokongan dan dorongan kepada semua atlet sekolah ini.

Katanya, galakan dan dorongan ini telah menaikkan semangat para pelajar untuk mengikuti semua acara yang dipertandi­ngkan.

Sementara itu, Pengetua SAS Puan Dona Undoh berkata Kementeria­n Pendidikan Malaysia sentiasa berusaha memberi penekanan terhadap peranan sukan dan aktiviti kokurikulu­m di sekolah bagi melahirkan murid yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial.

Ianya selaras dengan inisiatif Pelan Pembanguna­n Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013- 2025 untuk melahirkan modal insan secara holistik yang tidak hanya tertumpu kepada kejayaan akademik semata-mata, tetapi juga penglibata­n murid dalam aktiviti kokurikulu­m.

Beliau berharap agar lebih ramai murid SM St. Anthony menyertai pertanding­an seumpamain­ibagimencu­ngkil bakat terpendam dalam kalangan murid.

 ??  ?? ATLET SM St. Anthony merakamkan kenangan bersama pingat yang dimenangi.
ATLET SM St. Anthony merakamkan kenangan bersama pingat yang dimenangi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia