Utusan Borneo (Sabah)

Mifa mahu tebus kekecewaan Piala FA

Azam jadikan ‘Sang Badak’ mangsa di Stadium MBPJ Isnin depan

-

KUALA LUMPUR: Pasukan Bola Sepak India Malaysia (MIFA) mahu menebus kekecewaan tersingkir awal daripada saingan Piala FA, dengan mencatatka­n kemenangan ke atas Sabah pada aksi Liga Premier di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), Isnin depan.

Ketua jurulatihn­ya, K. Devan berkata pasukan itu kini dalam persiapan bertemu skuad ‘Sang Badak’ yang sudah pasti memberikan cabaran sengit, terutamany­a apabila kedua-dua pasukan mahu mengekalka­n rekod tanpa kalah dalam liga musim ini.

“Saya ada melihat perlawanan (Piala FA) Sabah di mana mereka hampir mengejutka­n Johor Darul Takzim (JDT) pada Sabtu lalu, mereka bermain dengan sangat baik. Jika mereka (Sabah) mempamerka­n aksi yang serupa, sudah pasti MIFA akan menghadapi cabaran besar, terutamany­a dengan pengalaman dan kualiti yang ada pada pemain Sabah.

“Tetapi kami mempunyai kelebihan beraksi di halaman sendiri dan membuat persiapan rapi dalam semua aspek. Kami mahu bangkit daripada kekecewaan Piala FA dengan meningkatk­an prestasi sekali gus menewaskan Sabah,” katanya.

MIFA tersingkir daripada Piala FA apabila kalah 2-4 kepada Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) FC menerusi penentuan penalti selepas kedua-dua pasukan terikat 1-1 sehingga tamat masa tambahan pada aksi pusingan kedua Ahad lepas.

Dalam saingan Liga Premier pula, MIFA menduduki tempat kelima dengan enam mata, dengan mencatatka­n satu kemenangan dan tiga keputusan seri selepas empat aksi pertama liga setakat ini, manakala Sabah berada di tempat kedua dengan lapan mata daripada dua kemenangan dan dua seri.

Mengulas prestasi pasukan, bekas pengendali Kelantan dan Selangor itu berkata para pemain telah menunjukka­n disiplin, komitmen dan sikap yang baik sejak beliau mengambil alih pasukan tersebut pada tahun lepas.

“Tetapi, kita perlu memperkema­skan bahagian serangan kerana kita mencipta banyak peluang namun gagal menjaringk­an gol. Saya rasa kalau penyudahan bagus di kalangan pemain serangan kita, kita boleh menang satu atau dua perlawanan yang kita seri.

“Serangan dan penyudahan perlu diperbaiki untuk mencatatka­n kemenangan pada perlawanan-perlawanan seterusnya,” katanya.

Selepas aksi ke atas Sabah, MIFA dijadualka­n bertemu Sarawak, Polis Diraja Malaysia (PDRM), UiTM FC, UKM FC, Felda United dan Pulau Pinang pada pusingan pertama saingan Liga Premier musim ini. - Bernama

“Saya ada melihat perlawanan (Piala FA) Sabah di mana mereka hampir mengejutka­n Johor Darul Takzim (JDT) pada Sabtu lalu, mereka bermain dengan sangat baik. Jika mereka (Sabah) mempamerka­n aksi yang serupa, sudah pasti MIFA akan menghadapi cabaran besar, terutamany­a dengan pengalaman ” dan kualiti yang ada pada pemain Sabah. K. DEVAN Ketua jurulatih Mifa

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia