Utusan Borneo (Sabah)

Tuaran catat cemerlang STPM, slogan ‘Tuaran No 1’hampir capai matlamat

Slogan ‘Tuaran No 1’hampir capai matlamat

-

TUARAN: Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Seri Hj Hajiji Hj Noor pada Khamis mengucapka­n tahniah kepada Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Tuaran atas keputusan cemerlang yang diperolehi oleh sekolah-sekolah menengah daerah ini dalam Peperiksaa­n STPM 2017 yang diumumkan barubaru ini.

Secara khusus, beliau memuji Pegawai Pendidikan Daerah Tuaran Tah Nia Hj Jaman, semua pengetua sekolah terlibat, para ibu bapa serta pelajar atas kejayaan itu.

“Kita di daerah Tuaran mempunyai slogan ‘Tuaran No. 1’ dan nampaknya semakin lama kita semakin menghampir­i matlamat ini. Tahniah,” katanya.

Beliau yang juga Adun Sulaman berkata demikian

semasa merasmikan Majlis Penyerahan Bantuan Awal Persekolah­an (BAP) 2018 di Sekolah Kebangsaan (SK) Berungis dekat sini.

Dalam peperiksaa­n itu, lima sekolah menengah dalam daerah ini telah mencapai keputusan cemerlang terutama sekali SMK Tamparuli yang muncul sekolah terbaik dalam kategori 100 calon.

Turut tersenarai sebagai

sekolah terbaik di peringkat negeri ialah SMK Seri Nangka dan SMK Tenghilan.

Lebih membanggak­an, SMK Badin telah melahirkan dua pelajar terbaik negeri iaitu Farhana Mohd Nor dan Omarrudin Liton. Sementara SMK Tenghilan, seorang pelajar tersenarai pelajar terbaik negeri iaitu Effie Hester Justin.

Sementara itu, Hajiji berkata selaku salah seorang pemimpin dalam daerah Tuaran, beliau turut gembira dan berterima kasih kepada Ketua Menteri atas pengisytih­aran Kiulu sebagai daerah kecil. Dengan pengisytih­aran itu, Tuaran kini mempunyai dua daerah kecil, yang mana satu lagi ialah Tamparuli.

Parlimen Tuaran mempunyai tiga kerusi DUN iaitu Kiulu, Tamparuli dan Sulaman. Adun Kiulu ialah Datuk Joniston Bangkuai.

Menjawab soalan pemberita, Hajiji berkata buat sementara waktu Kerajaan Negeri belum ada rancangan untuk menaikan taraf daerah kecil Tamparuli sebagai daerah penuh. Tamparuli telah diisytihar­kan sebagai daerah kecil lewat 1970an semasa era kerajaan Berjaya.

“Kita di daerah Tuaran mempunyai slogan ‘Tuaran No. 1’ dan nampaknya semakin lama kita semakin menghampir­i matlamat ini. Tahniah ” TAH NIA HJ JAMAN Pegawai Pendidikan Daerah Tuaran

 ??  ??
 ??  ?? HAJIJI beramah mesra dengan ahli kumpulan kompang yang terdiri dari ibu-ibu SK Berungis. Turut kelihatan Tah Nia dan Aimi.
HAJIJI beramah mesra dengan ahli kumpulan kompang yang terdiri dari ibu-ibu SK Berungis. Turut kelihatan Tah Nia dan Aimi.
 ??  ?? MURID ini gembira setelah menerima bantuan awal persekolah­an disampaika­n Hajiji, sementara ibunya (kiri) mengucapka­n terima kasih kepada Tah Nia.
MURID ini gembira setelah menerima bantuan awal persekolah­an disampaika­n Hajiji, sementara ibunya (kiri) mengucapka­n terima kasih kepada Tah Nia.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia