Utusan Borneo (Sabah)

Pameran pendidikan STEM, kolaborasi berimpak positif PPD Sandakan, SM Sung Siew, PSS dan KVS

Kolaborasi berimpak positif PPD Sandakan, SM Sung Siew, PSS dan KVS

- TAJUL (enam kanan) dan Rusli (tujuh kanan) bergambar kenangan bersama para pelajar dan staf PSS yang terlibat menyertai pameran itu.

SANDAKAN: Pameran ‘Science Technology Engineerin­g and Mathematic­s’ (STEM) anjuran Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Sandakan berlangsun­g dengan jayanya di Sekolah Menengah (SM) Sung Siew, di sini.

Pameransel­amaduahari­itu turut melibatkan penyertaan Politeknik Sandakan Sabah (PSS) dan Kolej Vokasional Sandakan (KVS).

Program itu melibatkan aktiviti pameran yang mana para pelajar SM Sung Siew mempamerka­n aktiviti STEM iaitu pengaturca­raan, aplikasi robot dan rekacipta melalui pembukaan booth, manakala para pelajar Diploma Agroteknol­ogi dan Akuakultur membuka booth bagi mata pelajaran matematik, sains, akuaponik dan fertigasi.

Seramai 16 pelajar dan lapan staf (pensyarah) PSS terlibat dalam menjayakan pameran itu bagi mewakili institusi pendidikan berkenaan.

Pameran itu mendapat sambutan yang amat menggalakk­an khasnya daripada para pelajar serta wakil daripada PPD Sandakan, Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) serta Lembaga Pengurusan SM Sung Siew.

Dua jabatan dari PSS yang terlibat dalam menjayakan pameran itu ialah Jabatan Matematik, Sains dan Komputer di bawah kendalian dan pengurusan Dr Kesavan Ulaganthen dan Jabatan Agroteknol­ogi dan Bio-Industri di bawah Tony Ontok.

Program pameran itu turut dihadiri Pengarah Politeknik Sandakan Leftenan Kolonel Bersekutu (Pertahanan Awam) Tajul Ariffin Mohamed Arif dan Timbalan Pengarah (Akademik) PSS Rusli Abdul Rahman.

Menerusi program itu, seramai 16 pelajar PSS yang terlibat telah dilatih secara teori dan praktikal tentang teknik pengendali­an booth pameran.

Dalam pada itu, sokongan dan komitmen pihak PPD Sandakan juga adalah seiring dengan kolaborasi yang telah ditandatan­gani pada tahun 2016 untuk berkongsi kepakaran, sokongan dan latihan dengan pihak PSS.

Pihak PSS berharap kerjasama seumpamany­a akan memberikan impak yang positif kepada pembanguna­n bidang pendidikan STEM dan hala tuju kedua-dua pihak pada masa hadapan.

Turut hadir pada majlis itu ialah wakil PPD Sandakan Ahmad Yussof Mohamad yang juga ketua Unit Pembanguna­n Kemanusiaa­n (UPK) PPD Sandakan, Pengetua SM Sung Siew Poh Siew Boon, Penolong Kanan (Pentadbira­n) SM Sung Siew Ganesan Kumarasamy dan wakil Lembaga Pengurusan Sekolah SM Sung Siew Moo Fah Lin.

“Menerusi program itu, seramai 16 pelajar PSS yang terlibat telah dilatih secara teori dan praktikal tentang teknik pengendali­an booth pameran. ”

 ??  ?? PELAJAR PSS menerangka­n sesuatu kepada Moo (kiri), Ahmad Yussof serta Poh (kanan) tentang pameran akuaponik.
PELAJAR PSS menerangka­n sesuatu kepada Moo (kiri), Ahmad Yussof serta Poh (kanan) tentang pameran akuaponik.
 ??  ??
 ??  ?? DEMONSTRAS­I campuran bahan kimia bagi penghasila­n api dalam subjek sains yang turut diadakan menarik minat para pelajar.
DEMONSTRAS­I campuran bahan kimia bagi penghasila­n api dalam subjek sains yang turut diadakan menarik minat para pelajar.
 ??  ?? PERMAINAN ‘Learn Maths With Fun’ berkonsepk­an permainan ‘Snake and Ladder’ menerapkan kemahiran matematik yang menyeronok­kan pelajar.
PERMAINAN ‘Learn Maths With Fun’ berkonsepk­an permainan ‘Snake and Ladder’ menerapkan kemahiran matematik yang menyeronok­kan pelajar.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia