Utusan Borneo (Sabah)

Bantuan tunai lonjak semangat pelajar: Anita

- Oleh HENRY BATING

PEMBERIAN wang saku kepada pelajar yang kurang mampu dapat melonjakka­n semangat pelajar untuk lebih tekun menggalas cabaran menjadi insan berkualiti, inovasi dan berdisplin.

Pembantu Menteri Pembanguna­n Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Anita Baranting berkata, kerajaan telah melakukan yang terbaik dalam pembanguna­n modal insan menerusi dasar pendidikan negara yang lebih ke hadapan berbanding negara lain di Asia.

“Selain wang saku, bantuan buku teks, kasut, pakaian, KWAMP dan biasiswa telah menjadi komitemen kerajaan Barisan Nasional (BN) kepada kalangan pelajar demi meletakkan Jabatan Pendidikan di tempat yang paling maju dan berkualiti,” katanya ketika penyampaia­n wang saku di SMK Bandau, Kota Marudu.

Pada majlis itu, beliau turut merasmikan dewan mini sekolah yang dinamakan sebagai Dewan Datuk Anita Baranting yang dibina dengan kos RM30,000. Sebagai tambahan, beliau memperuntu­kkan RM22,000 lagi untuk membeli bangku dan pemasangan hawa dingin dalam dewan.

Anita yang juga Adun Tandek berkata, pada tahun ini seramai 892 pelajar menerima bantuan itu yang melibatkan jumlah RM892,000. Beliau berharap bantuan itu dapat dibelanjak­an dengan berhemah untuk kegunaan pembelajar­an.

Pada majlis itu, beliau turut menyampaik­an sumbangan peribadi RM5,000 kepada PIBG sebagai sokongan kepada kalangan ibu bapa yang tidak pernah berkira membantu pencapaian prestasi sekolah.

Sementara itu, Jimson Majemal dipilih sebagai YDP PIBG SMK Bandau ke-16 yang menyaksika­n beberapa muka baharu termasuk penulis bebas Benjohn Simbaku.

Terdahulu, Pengetua SMK Bandau Halim Haji Bidin merakamkan terimakasi­h atas perhatian Anita menyalurka­n peruntukan kepada sekolah berkenaan.

SMK Bandau yang dirasmikan pembukaann­ya oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak baru-baru ini turut menjadi johan pertanding­an tandas peringkat negeri.

 ??  ?? ANITA dan barisan peneraju PIBG SMK Bandau yang baharu bergambar bersama sebahagian pelajar yang menerima bantuan.
ANITA dan barisan peneraju PIBG SMK Bandau yang baharu bergambar bersama sebahagian pelajar yang menerima bantuan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia