Utusan Borneo (Sabah)

Shahrizat: Integrasi wanita di Sabah harus dicontohi

- Oleh SURAIDAH ROSLAN

KESEPADUAN dan kerjasama hebat yang ditunjukka­n dalam kalangan wanita di negeri ini harus dicontohi di tempat lain, kata Penasihat Pembanguna­n Keusahawan­an dan Ikhtisas Wanita (KIW) Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil.

Beliau berkata integrasi yang ditunjukka­n pemimpin wanita dalam politik, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) mahupun pemimpin yang memegang jawatan tinggi dalam kerajaan berada pada tahap yang membanggak­an.

Katanya, kesepaduan yang ditunjukka­n itulah yang membolehka­n pembanguna­n di Sabah berjalan dengan lancar dengan kepimpinan Ketua Menteri Sabah Tan Sri Musa Haji Aman.

“Pelan pembanguna­n yang dilakarkan Perdana Menteri didukung oleh Musa. Malah, pencapaian pembanguna­n yang dilakukan di negeri ini juga harus dipuji.

“Selaku ketua Wanita (Umno), saya percaya pembanguna­n di Sabah ini turut didukung separuhnya oleh wanita,” katanya ketika ditemui pada Majlis Perasmian Penutupan Sabah Gemilang @Pasarnita ‘Memperkasa­kan Usahawan Wanita’ di Wisma Wanita, di Kota Kinabalu pada Khamis.

Majlis yang diadakan sempena sambutan Hari Wanita Antarabang­sa itu memberi fokus kepada kemajuan wanita dalam bidang keusahawan­an. Ia seiring dengan tema sambutan iaitu Gesaan untuk Kemajuan atau ‘Press for Progress’.

Beliau juga menyaranka­n agar isu-isu berkaitan wanita supaya diarus-perdanakan bagi meningkatk­an martabat wanita.

Beliau percaya wanita di Sabah tidak pernah ketinggala­n daripada arus pembanguna­n kerana peruntukan sering diberi oleh Ketua Menteri kepada Kementeria­n Pembanguna­n Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna untuk membawa kemajuan kepada wanita.

Shahrizat juga menasihatk­an wanita di negeri ini supaya menanam sikap positif untuk sama-sama berusaha melahirkan lebih ramai wanita yang berjaya. Jangan mengambil sikap ingin menghancur­kan wanita lain.

Beliau mengingatk­an wanita di negeri ini supaya mengambil alih semula tugas mendidik anak-anak muda agar mereka sentiasa merasa bersyukur dengan pembanguna­n yang dikecapi pada masa kini. Ia bagi membolehka­n gesaan untuk kemajuan dapat dijalankan.

Mengenai calon wanita dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14), beliau yakin Ketua Menteri Sabah akan memberi pertimbang­an serius untuk menentukan ada wakil wanita yang dipilih menjadi calon.

“Saya yakin sebab Musa percaya bahawa dalam pentadbira­n mahupun politik perlu ada wakil wanita,” jelasnya.

Majlis berkenaan turut dihadiri oleh Menteri Pembanguna­n Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Jainab Ahmad Ayid dan Pengerusi Wanita Barisan Nasional (BN) Sabah Datuk Armani Mahiruddin.

 ??  ?? SHAHRIZAT (lima kanan) merakamkan gambar kenangan bersama Jainab (empat kanan), Armani (tiga kanan) serta pegawai kanan kerajaan dan barisan wanita yang hadir.
SHAHRIZAT (lima kanan) merakamkan gambar kenangan bersama Jainab (empat kanan), Armani (tiga kanan) serta pegawai kanan kerajaan dan barisan wanita yang hadir.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia