Utusan Borneo (Sabah)

Wanita mengaku tidak bersalah bantu jalankan pertaruhan loteri haram

- Oleh CLARICE USOP

KOTA KINABALU: Seorang wanita berusia 22 tahun, mengaku tidak bersalah atas pertuduhan membantu menjalanka­n pertaruhan loteri haram.

Majistret Afiq Agoes menetapkan pada 29 Mac untuk pengurusan kes terhadapNa­zitaSarahI­smail, yang didakwa mengikut Seksyen 4A (1) Akta Rumah Judi Terbuka 1953.

Tertuduh didapati melakukan kesalahan itu pada 17 Januari jam 4.20 petang, di kawasan gerai makan, Singgah Mata, Asia City, di sini.

Hukuman yang diperuntuk­kan jika sabit kesalahan, denda antara RM2,000 hingga RM200,000 atau penjara selama lima tahun.

Sementara menunggu kes selesai, mahkamah memberikan ikat jamin sebanyak RM2,400 dicagarkan dua penjamin tempatan.

Dalam kes berasingan, seorang lelaki berhadapan penjara selama tujuh tahun, apabila didakwa mencuri beg milik seorang wanita yang diletakkan di dalam kereta.

Mohd Zulkhairul Nizam, 27, mencuri beg berkenaan, mengandung­i sebuah telefon pintar dan dompet mangsa yang berusia 30 tahun.

Kesalahan dilakukan pada 26 Februari jam 8.15 malam, di City Mall, hadapan LJ Interior Contractio­ns, di sini.

Selain dikenakan penjara, tertuduh juga boleh didenda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Afiq menetapkan pada 28 Mac untuk pengurusan kes terhadap tertuduh, yang diberikan ikat jamin sebanyak RM2,300 dicagarkan dua penjamin tempatan.

Kedua-dua pendakwaan dilakukan Pegawai Pendakwa Insp Mohd Rasydan Jasni.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia