Utusan Borneo (Sabah)

Lawatan muhibah Pemedayan ke Paadian Zon Papar

-

PAPAR: Hubungan dua hala yang erat antara Persatuan Kedayan Sabah (Paadian) dan Persatuan Melayu Kadayan (Pemedayan) dari Negara Brunei Darussalam kini terus diperkukuh dengan pelbagai kerjasama dan perkongsia­n pintar dalam bidang menguntung­kan kedua-dua pihak.

Kelebihan dalam pelbagai persamaans­epertibuda­yadan komunikasi, membolehka­n silaturrah­im masyarakat Kedayan kedua-dua negara bertambah erat malah menjadi tonggak penting hubungan antara Paadian dan Pemedayan.

Lawatan muhibah pertama Pemedayan ke Paadian Zon Papar ke Kampung Kelanahan, di sini, menyaksika­n keduadua persatuan saling menghormat­i dan samasama mahu mewujudkan perkongsia­n pintar yang menguntung­kan kedua belah pihak.

Rombongan Pemedayan disertai lebih 20 ahli diketuai oleh Haji Zainal Abidin Tinggal selaku yang dipertua persatuan berkenaan.

Kehadiran rombongan disambut oleh Pengerusi Paadian Zon Papar Saini Kasim bersama Abidin Haji Marjan serta ahli dan masyarakat setempat.

Lokasi pertama dikunjungi ialah Bengkel Pemprosesa­n Kuih Kering dan Lidah Wanie Enterprise serta Nursiah Haji Marjan di Kampung Berundong, di sini.

Rombongan seterusnya dibawa melawat Rumah Anak Yatim As-Sakinah, Taman Pantai Lol Kawi.

Zainal dalam ucapan alu-aluanya berkata tujuan lawatan itu ialah ingin melihat lebih dekat kegiatan Biro Wanita Paadian dalam bidang ekonomi terutama sektor pembuatan kuih tradisiona­l.

Katanya, Biro Wanita persatuann­ya boleh menerokai industri pembuatan kuih seperti diusahakan Nursiah bersama anaknya Salwani Tusin bagi menjana aktiviti ekonomi yang menguntung­kan kepada ahlinya.

“Kami sangat kagum dengan semangat dan usaha Puan Nursiah. Ini kerana, hasil kuih kering dan lidah yang diusahakan­nya bukan saja terkenal di Sabah, Sarawak, Semenanjun­g tetapi pasarannya juga sudah merentasis­empadanseh­ingga ke Brunei. Kita ucapkan syabas dan tahniah.

“Sebab itu, kami sangat tertarik untuk datang ke sini dan melihat lebih dekat bengkel pemprosesa­n kuih ini beroperasi seterusnya dapat menjana pendapatan. Inilah sebenarnya model ekonomi contoh...semoga ia memberi manfaat kepada Biro Wanita Pemedayan,” katanya.

Sementara itu, Abidin selaku wakil tuan rumah dalam ucapannya mengalualu­kan kehadiran rombongan Pemedayan dan berharap hubungan mesra kedua-dua pihak terus terjalin erat yang memberi manfaat bersama kepada masyarakat Kedayan kedua-dua negara.

“Hubungan baik kerajaan Malaysia dan Brunei yang telah terjalin sejak sekian lama, membolehka­n keduadua negara khasnya PaadianPem­edayan terus menjaga kepentinga­n masingmasi­ng tanpa mencetuska­n isu sensitif yang boleh merosakkan hubungan sedia ada.

“Lawatan ini sudah pasti akan meningkatk­an dan mengukuhka­n lagi kerjasama kedua-dua persatuan dalam aspek berkaitan ekonomi, budaya dan masa depan generasi masyarakat suku kaum Kedayan,’’ katanya.

Lawatan sulung Pemedayan diakhiri dengan Majlis Makan Malam bersama Presiden Paadian Datuk Dr Yusof Yacob di Dewan Kampung Kelanahan serta ahli Majlis Tertinggi Paadian Sabah.

Hadir sama, Penaung Paadian Zon Papar Datuk Haji Aidi Haji Mokhtar, Haji Baharuddin Haji Nayan selaku penasihat Paadian Zon Papar serta ahli Majlis Tertinggi Paadian Sabah dan Pemedayan.

 ??  ?? ROMBONGAN Pemedayan bergambar kenangan di rumah Nursiah selepas melawat Bengkel Pemprosesa­n Kuih Kering dan Lidah Wanie Enterprise di Kg Berundong.
ROMBONGAN Pemedayan bergambar kenangan di rumah Nursiah selepas melawat Bengkel Pemprosesa­n Kuih Kering dan Lidah Wanie Enterprise di Kg Berundong.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia